Isnin, 6 Ogos 2012

Datuk Lee Chong Wei Hero Malaysia

Salam ramadhan semua..
Sudah 17 hari seluruh umat islam berpuasa pada bulan Ramadhan ini.Sure ramai sedang meghitung hari berapa hari lagi kita nak menyambut Syawal kan???? Tapi sebelum nak menyambut Aidilfitri nie..jangan lupa terus beribadah di bulan yang mulia ini.hehehe...
Entry aku kali ni nak share tentang final game badminton sempena olimpik di London 2012 nie.Dari awal game tuh aku berharap sangat agar pemainn negara kita atau pemain no.1 dunia dapat tewas kan musuh tradisi beliau dari negara China iaitu Lin Dan.Tapi kemenangan beliau hanyalah pada game yang pertama sahaja.

Pada game yang pertama, Datuk Lee Chong Wei menunjukkan permainan yang cemerlang.Setiap serangan Lin Dan dapat di balas dan kebanyakkan serangan Lin Dan sering tersasar keluar dan itu memberi satu bonus pada LCW (Lee Chong Wei).Set yg pertama LCW mendahului 21-15.

Pada set yang kedua Lin Dan mula menunjukkan belangnya apabila dari minit keminit
 beliau terus mendahului LCW.Pemain dari negara China ini mula mengorak strategi dan lebih berhati hati dengan setiap serangannya.Kemudain,setelah jauh LCW ketinggalan akhirnya pada set yang kedua ini dimenangi oleh Lin Dan.Reaksi bangga dan puas Lin Dan dapat dilihat oleh penonton apabila beliau menyamai kedudukan dengan  pemain no.1 dunia ini.


Disaat yang paling getir apabila di set penetuan, permainan semakin sengit apabila setiap permainan kedua-duanya nampak hebat!aku yang duduk tengok pun tak berkelip mata.Ada satu part dimana shuttle tuh betul-betul masuk tetapi dinafikan oleh Lin Dan bahawa shuttle itu keluar.Untuk elak sebarang masalah dan mendapat persetujuan daripada pengadil,akhirya ia berpihak pada Lin Dan.hmmm... tak mengape LCW, kami tetap sokong anda.
Lin Dan mula menunjukkan kehebatannya apabila membalas setiap pukulan beliau dengan smash yg penuh bertenaga.LCW tidak mengalah dan satu dunai dapat melihat cara LCW membalas setiap pukulannya tanpa putus asa.Apabila mata 20-19,satu dunia juga dapat mengagak bahawasanya kemenangan akan berpihak pada pemain China iaitu LIN DAN.
Ya,,akhirnya terjawab apabila Lin Dan menjuarai Badminton Olimpik 2012 dua kali berturut-turut.Saat tuh serius aku tidak dapat mengawal emosi aku...



Aku menangis bukan sebab LCW kalah tetapi aku menangis bila tengok kekecewaan LCW menghampakan harapan Malaysia untuk menggondol pingat emas dalam acara Badminton.Serius aku dapat rasa apa yang beliau rasa.It's ok LCW,anda telah menunjukkan permainan yang sangat hebat!kami rakyat Malaysia sangat berbangga dengan anda. YOU ARE MY HERO!!!!!!!!!!!!
Kepada rakyat jelata diluar sana,janganlah hendak menunding jari dan tidak habis-habis nak berkata buruk pada LCW.Tidak cukup ke dengan pengorbanan beliau selama ini mengahrumkan nama Malaysia di persada dunia.Kita harus bersatu menyokong semua atlet kita yang berhempas pulas untuk masa yang akan datang.Harap sangat LCW tidak jadi bersara dalam dunia badmninton ini.
Lastly,i want to say I LOVE UR SPIRIT DATUK LEE CHONG WEI!!!
MALAYSIA BOLEH!