Assalammualaikum wth dan hai uolls..
Entah kenapa macam dah tak ada idea je nak update entry baru untuk blog yang tah pape ni.Bukan sudah bosan ataupun tak ada idea langsung cuma perasaan malas ini susah nak buang dalam diri ika ni.
Urmm..baiklah ika akan cerita serba sedikit pengalaman ika sepanjang berkhidmat sebagai nurse di sebuah hospital yang ika bekerja.Sebenarnya dah 2 bulan ika berkhidmat tetapi dalam masa 2 bulan ni seriously banyak benda ika belajar. Alhamdulillah diawal penempatan ika bekerja di Obsetric & Gynaecology Ward (wad O&G) dimana ward tersebut menempatkan pesakit bagi ibu-ibu antenatal.postnatal dan gynae. Rezeki ika dapat ward yang core basic ika belajar dulu iaitu Midwifery. Apa yang Ika belajar dulu memang lah managemnet dia sama tapi bezanya ialah dari segi masa.Dulu time practical kalau ambil temperature patient dekat mulut 3 minit.tapi bila bekerja ni bayangkanlah incharge sorang-sorang untuk handle 14 patient kali 3minit masa nak ambil suhu sahaja.itu baru ambil suhu belum tekanan darah,nadi,pernafasan tanya tuh ini dekat patient.Hamek kau... Uolls ingat nurse buat observation je ke??oh tidak...banyak lagi prosedur yang kami buat dalam seharian. Eh,,uolls jangan ingat ika merungut tau.Ika ikhlas buat semua tuh tapi just nak share dengan uolls la kan tugasan nurse ni.mueheheheh..
Selain bekerja ni perkara yang paling penting juga adalah persefahaman diantara rakan-rakan sekerja. Alhamdulillah ika dikurniakan kawan-kawan serta senior staf yang banyak membantu. Tak ada mereka ini ibarat kerja dalam dunia sendiri.Daripada Sister,Staf Nurse,Jururawat Masyarakat,PPK,Housement dan semua yang berkaitan lah memang sama-sama penting.Tak ada nurse ni doktor tak boleh buat kerja tau. Betapa pentingnya wujud seorang nurse ni.hewhehw..
Menyesal??memang tidak wujud dalam kamus hidup ika untuk menyesal berkhidmat sebagai jururawat.Sangat best!!lagi-lagi ika banyak jumpa macam-macam ragam pesakit. Lepas tuh kita kena handle patient untuk bagi sokongan emosi. Lebih-lebih lagi ika bertugas di hospital yang terletak di kawasan pusat pentadbiran. Bukan calang-calang orang kami merawat.
Apa yang penting,kita perlu positif,tenang,sabar,ramah dan empati terhadap pesakit kita.Ye lah..mereka dah lah sakit sah-sah datang hosptal nak treatment yang terbaik dari kita. So, galas la tanggungjawab yang diamanahkan supaya ia memberi manfaat pada peakit,hospital dan masa hadapan kita.
Ok ok ok..nak beri ucapan kepada ibu-ibu yang bakal melahirkan cahaya mata seperti blogger comel kita iaitu Irine Nadia Marcello
semoga dipermudah melahirkan cahaya mata,diberi kekuatan serta semangat untuk menghadapi saat-saat kelahiran nanti. Moga Allah SWT sentiasa memberi rahmat dan keberkatan pada Irine ye. Juga pada blogger-blogger yang masih menghitung hari dan rakan-rakan ika diluar sana.
As a women,wife and mother you all is awesome!!!
Tabik springgggggg la!
kbye~
jadi jururawat ni (bukan jerawat k) lain macam sikit dia punyer pengalaman...Ika cite lah pengalaman keje.hihihi
BalasPadam