Selasa, 21 Mei 2013

Keeks???????

Assalammualaikum wth dan hai hai uolls.

Malam ni seriously tak ada kerja sampai poyos betul hati ini untuk upload video yang tah pape dekat laman web Keeks.
Keeks??????????

Ha Ha..jangan tak tahu,kitew pun ada keeks. Baru je buat.Saje-saje je.. 

Lagipun ika buat keeks bukan untuk syok sendiri tapi saja nak share tentang apa-apa saja lah. 

Ok,untuk para bloggers yang ada Keeks tuj, jom la follow,like dan comment la apa-apa sahaja tapi yang negatif tak mahu yee.


  

Khamis, 16 Mei 2013

"Simple GiveAway Bintang Mencari Cinta By Cik Akak"

Assalammualaikum wth..hai hai uolls

 

Meyh klik SINI!!!

 Firstly, ika nak ucapkan thanks kepada Cik Akak empunya GA ini dimana ika telah di tag oleh sahabat blogger ika iaitu Fiza Saiza
 untuk join GA yang wow ni.

Empunya blog ini mengarahkan kita semua menghasilkan ayat-ayat cinta yang paling kreatif dan menarik untuk dihayati.Disebabkan ika ni tak lah sekreatif penulis novel cinta, jadi biarlah ika hasilkan ayat-ayat cinta ini ikhlas dari ika dengan cara tersendiri.


"Wahai cinta..
mengapa kau wujud dalam hati manusia sedangkan kau tahu bahawasanya cinta mampu memunahkan hati kami jika kecewa melanda..
Adakah dalam cinta mempunyai penawar luka dikala derita?
Sesungguhnya jika benar cinta ada penawarnya,sembuhkanlah luka beku manusia yang kecewa ini..
Tapi..bagaimana penawar itu dicari??
Ia adalah dari hati manusia yang ada secebis cinta suci yang mampu menyuluh cahaya di dalam hati manusia yang gelap.
Ia adalah daripada manusia yang sanggup bersusah payah bermula ianya jatuh sehinggalah bangkit mengenali cinta yang abadi.
Ia adalah daripada manusia yang tidak kenal erti berserah untuk membimbing manusia kecewa ini.
Benarkah cinta wujud sesama manusia?
Cinta itu wujud bukan sahaja untuk manusia di bumi ini tetapi turut wujud di syurga dengan pelbagai makhluk yang kekal abadi.

Aku yakin,cinta ini bukanlah penyebab hati manusia kecewa jika benar landasan cinta yang dinilai.
Aku turut yakin cinta ini adalah satu kehidupan yang perlu ada bukan sahaja pada nafsu tetapi pada akalnya.
Manusia yang dapat membezakan mana satu cinta abadi dengan cinta yang dusta melalui akalnya untuk mencorak cinta itu adalah sebuah cinta sejati.."

So,macam mana??ok tak??heheh.walaupun ia agak baku untuk dibaca tetapi uolls yang benar-benar mengerti sahaja akan tahu maksud tersirat di setiap bait-bait ayat diatas.

Dengan ini saya tag kepada Mahiraridzuan dan Shadira San.

Serlahkan bakat penulisan mu..heheh.happy join!!        

Khamis, 9 Mei 2013

Liebster Award

Assalammualaikum wth dan hola uolls.





                                                                              
Ha??Libster Award??That's my first impression bila dapat satu invitation daripada sahabat blogger ika iaitu Mahirah Ridzuan  yang mana beliau telah menominate blog ika untuk Liebster Award ni. I'm so excited to join it. Let's we started!

Syarat-syaratnya:-

1) List 11 facts about yourself.
2) Answer the 11 question  given to you.
3) Create 11 new questions for the bloggers you nominate.
4) Thank the person who nominated you and link back to their blog.
5) Choose 5 bloggers with 200 or less followers to nominate.
6) Go to each bloggers page and let them know about the award.  

11 Fakta tentang Ika:-

1) Boleh menari tarian tradisional seperti zapin,joget dll.
2) Tak suka makan durian sebab buah tu buat ika pening.
3) Suka menonton wayang filem horror tapi boleh lemah semangat time 
    tengok movie tuh.   
4) Saya seorang nurse yang baru sebulan lebih sah pelantikan.
5) Suka mengemas rumah dan akan jadi mak jemah bila nampak rumah  
    bersepah.
6) First impression orang nampak ika sombong dan pendiam tapi sebenarnya 
    ika masuk air jugak bila jumpa geng yang sekepala.
7) Keras hati,keras kepala,degil tapi sometimes boleh tolerate gak bila rasa 
    diri ini memang salah. 
8) Anak ibu sebab memang rapat dengan ibu.
9) Ika nampak lembut tapi sebenarnya ika lasak.
10) Tak pandai masak.take attention ok guys semua.
11) Boleh jadi pekak atau kaku bila da hadap laptop.

Soalan exam daripada Mahirah Ridzuan:-

1) Selesa tak korang tido tak lapik bantal dan tilam?Kenapa?

J: Sumpah tak selesa sebab besok bangun satu badan boleh sakit.
  
2) Selalu kalau korang shopping pergi sorang ke ngan pasangan?   

J: Dengan pasangan tapi confirm2 dorang kene tinggal bila ika jumpa apa ika 
   nak beli.

3) Apa habbit korang yang tak boleh tinggal?

J: Suka nanyi dalam toilet buat studio sendiri.hehe

4) Korang bawak kereta/lori/motor/basikal selalu speed paling laju berapa?     
    speed paling perlahan berapa? 

J: 60km/h je.Honestly dah 3 tahun x pernah drive so speed yang dinyatakan 
   time test JPJ je.hahaha..

5) Korang manja?garang?ganas?nutral?tak dalam family?

J: Semua ada kecuali ganas.

6) Korang suka bercuti dekat mana?Oversea dan dalam negara.

J: Oversea korea dan dalam negara Pulau Tioman.

7) Handphone paling canggih yang pernah korang guna.

J: Nokia Xpress Music model 5510.

8) Perkara apa yang korang x boleh lupakan?Pahit & manis.

J: Kenangan pahit bila putus cinta dan kenangan manis bila jumpa my 
   soulmate. 

9) Laptop terkini yang korang guna?

J: Laptop Compact. Actually Lenovo tapi lebih selesa pakai Compact.

10) Korang suka makan sushi tak?

J: Suka tapi sushi tuna jela.yang lain tak masuk tekak.

11) Barang apa yang korang suka buat koleksi?

J: Gelang (beli tapi x terpakai) dan baju.


Agak-agak dapat 100% markah tak jawab soalan exam ni??hehehe..ambil masa sejam gak la nak jawab sebab kucing ika kacau.huhu..

Now,its my turn untuk uolls jawab pulak soalan ika ok?Makesure tenangkan minda dan jawab seikhlas mungkin.

1) Blog apa yang selalu uolls update perkembangannya?kenapa?
2) Dalam sehari berapa kali uolls ucap terima kasih pada mak ayah?
3) Apakah aktiviti yang paling gila uolls buat sepanjang hidup uolls?
4) Hadiah apa yang akan uolls beri pada orang tersayang?tak kisah la 
    family/bf/gf .
5) Sedang uolls duduk dalam train sambil pegang barang yang bayak dan ada 
    seorang warga emas berdiri hadapan uolls,apakah tindakan uolls?        
6) Perkara pertama yang uolls buat sebaik sahaja bangun daripada tidur...
7) Antara sahabat dan kekasih,mana pilihan uolls?Alasan?
8) Belajar di IPTA atau di IPTS,mana uolls rasa lagi bagus?
9) Target untuk tahun ini ada yang sudah tercapai tak?Nyatakan.
10) Favorite cartoon yang paling uolls suka tengok sampai hari ini?Kenapa eh?
11) Dengan duit 50 sen apa yang uolls dapat beli?

Tricky tak soalan ika?Rasa-rasa blank berapa minit uolls nak fikir jawapan?
Sebenarnya soalan ini untuk seronok-seronok je.

Lastly, ika nak ucap terima kasih kepada sis Mahirah Ridzuan sebab menominate blog ika untuk join this award.Ika tahu ada banyak benefit dengan adanya Liebster Award ni. Jadi ika sahut cabaran sis untuk melaksanakan tanggungjawab yang diberi.I wish you success ok.

Dengan ini ika menominate 5 blogger yang terpilih iaitu:-

 Nur Baiyah nur baiyah 

Aienn Latifi Aienn Latifi
  
Fiza Saiza Coretanku


Hamizah Othman Ohsem 



Wokeyh semua jangan segan silu ok.Jawab jangan x jawab sambil-sambil merapatkan ukhwah antara kita.insyaallah..

Have fun!