Khamis, 21 Februari 2013

Special Entry to Sharifah Khalidah =)

Assalammualaikum wth..hai hai
Sudah makan belum?Sudah mandi Belum?Sudah siap kan homework belum?Sudah daftar BR1M 2.0 belum??
Berapa banyak soalan da...
Siapa nak jawab boleh jawab manakala yang tak nak jawab, jawab dalam hati je..hehehe

Entry ika untuk malam ni special sikit untuk seorang sahabat ika yang bernama Sharifah Khalidah a.k.a khalid i call her.Ingin menyusun 10 jari memohon keampunan daripada khalid. Ika bukan lupakan khalid tapi manusia kan sering alpa dengan sesuatu perkara. Tapi itu tidak bermakna ika lupakan khalid tau..tidak sama sekali.Gambar khalid pun x banyak ada kat ika sebab drastik nak bluetooth semua pict malam tuh..

 Sharifah Khalidah cun like arabian look

Lagipun khalid pergi begitu saje tanpa khabar..lagi sedih tau... ='(
Jumpa khalid pun 3 tahun sekali.

Jangan marah-marah eh nanti tak sweet....

Mari ika cerita serba sedikit berkenaan Sharifah Khalidah ni. Dia sekarang menuntut di UITM Puncak Perdana, Shah Alam dalam Ijazah Pengurusan Industri Kreatif. Dia la yang ika pernah mention dalam entry Girlfriends
kalau karaoke lagu dari artis k-pop yang meletup2 yang menjadi pilihan. Khalid ada kelebihan dalam menyanyikan lagu k-pop ok! jangan memain. Ika rasa mesty dia fanatik dengan korean artis.ika minat Lee Min Ho je. Ala..hero dalam citer Boys Over Flower tuh..

 Lee Min Ho

Dalam persahabatan, walaupun kita jauh di mata tapi tetap dekat dihati. Kadangkala kesilapan itu yang banyak mengajar kita supaya sedar akan kekurangan kita. Insyaallah..kalau de jodoh, pasti kita ketemu. Time tuh KAMI ikat Khalid jangan lari lagi.hahaha.. 

Ni ada hadiah dari ika untuk Khalid =).hehehe


2NE1-UGLY


B.A.P-RAIN SOUND

  Harap lepas baca  entry ni Khalid tak salah faham lagi eh.Kami semua sayang Sharifah Khalidah.mmmmuuahh!!!!

 

 

 







Selasa, 19 Februari 2013

Konsert Paramore Stadium Negara 2013

Assalammualaikum wth dan hai hai..
Malam ni agak line clear untuk berblog rasenya sebab jauh dari kesibukan hari yang mengusutkan kepala sampai no idea nak taip apa untuk entry kali ni.
Tetapi disebabkan perasaan terlalu gembira dan jiwa rock tidak hilang akibat ke suatu tempat semalam sehingga melupakan rasa penat yang teramat.
Hadiah birthday from one of my bestfriend yang menghadiah kan sehelai tiket bernilai RM133.00 menyebabkan perasaan teruja,terkejut,tergamam,terkedu dan banyak ter la membuatkan ika tak percaya ika dapat join konsert PARAMORE LIVE IN KL 2013!!!!!!!


Jujurnya ika bukanlah peminat band paramore ni. Tapi dah orang hadiahkan,takkan nak hampakan perasaan kawan kan??oh tidak...


Tag warna orange tuh sebagai mark yang kami masuk secara halal ok. Awalnya, bosan gak sebab lambat giler start concert. Boleh pulak start kul 8 tuh band lain yang perform sampai kul 9 pm.
 Hello... we want Paramore la. Tapi kan, rase semangat dan teruja tuh ada jugak sebab bnad tah dari mane perform tuh terkinja-kinja sambil nyanyi. Giler power stamina dia. Itu yang sebenarnya, kenapa band luar banyak diminati oleh warganegara kita sebab mereka semua power!!!

Sampai je part Paramore everyone SCREAM WOOOOOOOOOOOOOOOOWW!!!PARAMORE!!!
Ika yang stay kat atas turut bangun untuk beri penghormatan buat band antarabangsa ini.
Setiap lagu yang diperform oleh beliau buat aku rasa puas dan rock amat!  Hayley Williams
singer Paramore beri performance yang sangat dasyat! Haruslah kene perform gempak2 sebab bayar tiket mahal tuh.. Takkan nak buat lemah gemalai pulak kan memang baling bom la jawabnya.
Antara lagu yang ika tahu dan kira tahu la nak nyanyi seperti "That's What You Get" dan "The Only Exception".
GEMPAKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKK!!!! 
supporter dari Malaysia semua sporting. Itu yang buat lagi bertambah gempak.

 





Tak percaya bertapa sporting nye geng2 kita jom layan video konsert Paramore Live At Stadium Negara.Enjoy it!!



That'sWhat You Get



The Only Exception



Brick By Boring Brick

Ahad, 17 Februari 2013

Girlfriends

Assalammualaikum wth dan hai hai cinta hati ika semua..
Dengar2 budak2 degree dah dapat result. Apa macam??? Pada yang berjaya ika ucapkan tahniah manakala yang tidak berjaya jangan putus asa..dan sentiasa terus berusaha.
Untuk entry kali ni ika tak mahu buat cerita panjang lebar yang mungkin membosankan uolls semua. Hanya mahu berkongsi hari-hari bahagia ini bersama girlfriends ika.
JOM-JOM!!

girlfriends ika since dari sekolah rendah lagi tapi start rapat bila masing2 dalam aliran yang sama iaitu Perakaunan. Tapi pelik sebab sekarang Syazlin (baju merah dua dari kanan) je masih setia dengan subjek tuh. Yang lain keluar cabang dah..termasuk ika.hehehehe



oke aktiviti utama kami kalau jumpa mesti karaoke.tapi dah dating dengan mereka ni memang kalah la sebab masing-masing fanatik lagu k-pop. siap bergangnam style dalam bilik ni. apa?video??ada je member ika rakam tapi untuk kami-kami aje..hohohohoh



 Punya cari tempat nak berjimba akhirnya jumpa satu tempat yang sumpah ika nak pergi.orang kata taman rahsia yang ada kat Putrajaya ni. Hadiah birthday paling bermakna betul la korang bagi kat ika ni.tq tq



 


Walaupun kami dah 22 tahun tapi jiwa kami masih remaja lagi tau. Pantang nampak camera terus tampilkan aksi-aksi kiut miut korang tuh kan. Memang itu motif sebenar kami gathering untuk pahatkan memori sampai mati wo..


Hanya yang membaca blogger ikarawkzz.blogspot je tahu perangai hodoh ika ni yang pantang bila orang kate "cepat posing!!" 

 Masing-masing ada impian dan kejayaan yang ingin dicapai tetapi dalam mengapai kejayaan harus ada sahabat untuk sama-sama menyokong antara satu sama lain. Baru la sweet.....


Syazlin si pakar account.Afiqah bakal pengurus syarikat.Amira pakar bahasa.Amanina bakal tourism yang success! 


Hasil tangkapan sepanjang kami berjimba. Memory is always in our heart.
 

baik gaduh itu adat la dalam berkawan.sifat saling memahami antara satu sama lain menguatkan lagi ikatan persahabatan ini.
 



Cukup sampai disini entry ika kali ni. Terima kasih kepada yang sudi melawat blog ika yang tak seberapa ni. Sesungguhnya,keikhlasan hati ini untuk berkongsi yang indah-indah sahaja buat anda semua. Teruskan memberi sokongan pada ika dan doakan ika success dunia da akhirat.
Sayang sampai mati!! 

Jumaat, 8 Februari 2013

Usaha, Doa dan Tawakal

Assalammualaikum wth..salam Jumaat semua..
Syukur kehadrat ilahi atas limpah kurnia rezeki yang diturunkan-Nya kepada semua umat di hari Jumaat ini. Alhamdulillah segala puji bagi Allah, tuhan sekalian alam. Dengan berkat kesabaran yang dimiliki maka Allah swt akan melunaskan bagi umat-umat-Nya yang bersabar.
Nukilan pada hari ini untuk berkongsi sedikit kegembiraan kepada uolls semua tentang penyerapan Ika bekerja di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Bukan untuk menunjuk atau berbangga diri tetapi ingin berkongsi kegembiraan ini kepada uoll semua. Mungkin tidak semua dapat memiliki peluang yang diberi tetapi berlandaskan percaya pada rezeki yang bakal Allah swt turunkan untuk orang-orang yang ada usaha, sabar dan tawakal pastikan akan mendapat ganjaran Nya.
Mungkin ada yang menyatakan rezeki yang diperoleh ini adalah menggunakan khidmat orang lain sedangkan Ika sendiri yang usaha untuk memperolehnya. Sebelum ika hantar resume di SPA, pelbagai tempat Ika tawarkan diri untuk bekerja. Tetapi rezeki tidak menyebelahi ika untuk bekerja ditempat yang ika harapkan. Akhirnya,atas nasihat seorang ibu yang tahu asam garam mencari rezeki di dunia ini, maka Allah membuka mata dan hati ika maka ika cuba nasib untuk berkhidmat di SPA.


Syukur.. Allah swt menerima doa-doa ika bahawasanya ika ikhlas untuk mencari rezeki atas dasar usaha,sabar dan tawakal ika untuk mencari rezeki.
Betul, tuah ayam nampak di kaki tapi tuah manusia siapa yang tahu tetapi selagi ada usaha di situlah ada jalan.

 Gambar untuk ID nanti.heheheh

Allah swt tidak pernah menutup pintu rezeki hambanya melainkan kita sendiri yang tahu hanya goyang kaki untuk mendapat belas kasihan orang lain.
Mugkin juga ada yang terfikir dan tertanya, bukankah penempatan Jururawat Masyarakat akan dikeluarkan dalam masa terdekat ini?
Betul, tapi jika tidak bertanya maka sesatlah jalan. Ika cuba bertanya sendiri di bahagian SPA bahawasanya tiada kata putus daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berkenaan penempatan ini. Tugas SPA adalah poskan surat penempatan sahaja bukan yang menetapkan penempatan para jururawat nanti. Jadi, sementara menunggu buah yang tidak gugur kita harus mencari inisiatif untuk memenuhkan poket untuk kegunaan yang perlu nanti. 
Oleh itu, bersabarlah wahai bakal Jururawat Masyarakat sekalian, insyaallah selepas Pilihan Raya Umum (PRU) dalam bulan 3 nanti surat penempatan untuk melapor diri akan dikeluarkan. Tidak lupa, sebagai warga rakyat Malaysia, laksanakan tanggungjawab anda untuk mengundi dengan bijak.
Segala yang kekurangan adalah dari saya sendiri dan yang sempurna adalah Allah swt sahaja.
  
 1)
 Nabi S.W. A bersabda :
"Seandainya kamu BERTAWAKAL kepada Allah SWTdengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu akan diberi REZEKI seperti burung diberi rezeki ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang "

(Riwayat Ahmad at Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Ummar bin al-Khattab r.a)  

2)
  Elok diajarkan kepada anak bila menduduki peperiksaan, untuk temuduga dan majlis ceramah :




(Surah Taha ayat 25-28)

     

Ahad, 3 Februari 2013

Segmen Blog Kesayangan : Blog Coklateyes

Assalammualaikum wth.Hai uolls..
Baru2 ni ika terlepas unttuk Segmen: 10 Jam Tambah Bloglist!
So untuk hari ni ade segmen yang ika nak anda semua join juge =)

Segmen Blog Kesayangan : Blog Coklateyes



So, diharap anda semuat dapat meramaikan lagi jumlah bloglist anda untuk Segmen Blog Kesayangan ini.
Nak tahu macam mane nak meramaikan segemn ni, Baca kat bawah ni..




Senangkan??ha..
Love uolls!!