Assalammualaikum wth..salam Jumaat semua..
Syukur kehadrat ilahi atas limpah kurnia rezeki yang diturunkan-Nya kepada semua umat di hari Jumaat ini. Alhamdulillah segala puji bagi Allah, tuhan sekalian alam. Dengan berkat kesabaran yang dimiliki maka Allah swt akan melunaskan bagi umat-umat-Nya yang bersabar.
Nukilan pada hari ini untuk berkongsi sedikit kegembiraan kepada uolls semua tentang penyerapan Ika bekerja di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Bukan untuk menunjuk atau berbangga diri tetapi ingin berkongsi kegembiraan ini kepada uoll semua. Mungkin tidak semua dapat memiliki peluang yang diberi tetapi berlandaskan percaya pada rezeki yang bakal Allah swt turunkan untuk orang-orang yang ada usaha, sabar dan tawakal pastikan akan mendapat ganjaran Nya.
Mungkin ada yang menyatakan rezeki yang diperoleh ini adalah menggunakan khidmat orang lain sedangkan Ika sendiri yang usaha untuk memperolehnya. Sebelum ika hantar resume di SPA, pelbagai tempat Ika tawarkan diri untuk bekerja. Tetapi rezeki tidak menyebelahi ika untuk bekerja ditempat yang ika harapkan. Akhirnya,atas nasihat seorang ibu yang tahu asam garam mencari rezeki di dunia ini, maka Allah membuka mata dan hati ika maka ika cuba nasib untuk berkhidmat di SPA.
Syukur.. Allah swt menerima doa-doa ika bahawasanya ika ikhlas untuk mencari rezeki atas dasar usaha,sabar dan tawakal ika untuk mencari rezeki.
Betul, tuah ayam nampak di kaki tapi tuah manusia siapa yang tahu tetapi selagi ada usaha di situlah ada jalan.
Gambar untuk ID nanti.heheheh
Allah swt tidak pernah menutup pintu rezeki hambanya melainkan kita sendiri yang tahu hanya goyang kaki untuk mendapat belas kasihan orang lain.
Mugkin juga ada yang terfikir dan tertanya, bukankah penempatan Jururawat Masyarakat akan dikeluarkan dalam masa terdekat ini?
Betul, tapi jika tidak bertanya maka sesatlah jalan. Ika cuba bertanya sendiri di bahagian SPA bahawasanya tiada kata putus daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berkenaan penempatan ini. Tugas SPA adalah poskan surat penempatan sahaja bukan yang menetapkan penempatan para jururawat nanti. Jadi, sementara menunggu buah yang tidak gugur kita harus mencari inisiatif untuk memenuhkan poket untuk kegunaan yang perlu nanti.
Oleh itu, bersabarlah wahai bakal Jururawat Masyarakat sekalian, insyaallah selepas Pilihan Raya Umum (PRU) dalam bulan 3 nanti surat penempatan untuk melapor diri akan dikeluarkan. Tidak lupa, sebagai warga rakyat Malaysia, laksanakan tanggungjawab anda untuk mengundi dengan bijak.
Segala yang kekurangan adalah dari saya sendiri dan yang sempurna adalah Allah swt sahaja.
1)
Nabi S.W. A bersabda :
"Seandainya kamu BERTAWAKAL kepada Allah SWTdengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu akan diberi REZEKI seperti burung diberi rezeki ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang "
(Riwayat Ahmad at Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Ummar bin al-Khattab r.a)
2)
Elok diajarkan kepada anak bila menduduki peperiksaan, untuk temuduga dan majlis ceramah :
(Surah Taha ayat 25-28)
bestnya ika....nini antar tak pernah lepas...=(
BalasPadamInsyaallah..rezeki manusia ada di mane2.teruskan mencuba k nini =)
Padam