Selasa, 12 Mac 2013

Big Experience

 Assalammualaikum wth dan pagi uolls..
Adakah kesemua blogger kesayangan ika sudah bersarapan?Ingat,sarapan wajib diambil tau.Ha..kalau yang baru celik mata tuh sedar-sedarkan lah diri tuh ye..Kata orang-orang tua,kalau lambat bangun rezeki tak masuk rumah tau.
Tak elok tak elok..hewhewhew..

Entry ika kali ni just nak share dengan blogger2 sekalian tentang pengalaman berada dalam bilik mesyuarat. Tapi ini bukan sebarang mesyuarat macam korang-korang meeting koperasi kat sekolah tau. Meeting yang ika joined ni adalah meeting yang dihadiri semua Pegawai bahagian di tempat ika bekerja. Ika sangat beruntung dapat terlibat dalam mesyuarat tersebut walaupun tidak menyumbangkan apa-apa idea pada mesyuarat tersebut. Kiranya jadi tukang dengar la. Ika sangat berterima kasih pada En. Saiful, Cik Fatin dan kak Naz kerana beri ika peluang untuk joined meeting tuh walaupun macam percaya tak percaya gituw..


Ye lah, kita ni pekerja sementara dan baru yang jawatannya dibawah kerani je pun. Otak memang la kosong dalam menyumbangkan apa-apa idea tapi dari segi pengalaman menjadi Urusetia sewaktu sesi temuduga adalah sebanyak sedikit membantu. Time sekolah dulu ada juga terlibat dengan meeting. tapi meeting kelab la kan.hehehe Masuk-masuk je bilik mesyuarat rasa nervouse je siap cakap lagi dengan En. Saiful "Seriuske ika boleh masuk ni. Takut lah.." Kemudian En. Saiful memberi keyakinan pada diri ini "Boleh je la..nanti boleh belajar sikit.."
kalau sudah begitu,terpaksa jelah buat muka confident.
Ika pulak jenis tak kenal siapa nama pegawai-pegawai tuh. Ika kenal pun pegawai-pegawai Bahagian Temuduga Ika je lah..aisemen...adeyh! 

Dalam meeting tersebut mereka harus cari penyelesaian berkenaan sesi temuduga nanti. Ika tak boleh cakap lebih-lebih la kan..sebab ini kira rahsia jugaklah. 

So.as a conclusion just ika dapat simpulkan apa yang Ika cuba nak sampaikan adalah

  1. Sentiasa bersedia dari segi fizikal dan mental sebelum menghadiri sebarang mesyuarat.
  2. Make sure korang kena kenal setiap Ahli Lembaga atau pegawai atasan untuk mengelak kesilapan orang berlaku atau bila orang tanya siap tuh atau siapa pengerusi tak adalah korang terdiam kan.
  3. Jika orang beri peluang, hargailah peluang itu dan jangan say 'NO'! bila diajak atau disuruh.
  4. Anggaplah setiap pengalaman yang dimiliki ibarat pengalaman yang tidak boleh dibeli dengan wang ringgit ok. Tapi kalau korang mampu memiliki pengalaman itu berulang, pasti tak sama dengan pengalaman yang sebelumnya.
Ok itu sahaja ika nak share dengan blogger2 sekalian. Apa-apa nak share boleh je post kan komen anda..Ika tak makan orang la..huhuhu ok chawchinchaww!!!




Tiada ulasan:

Catat Ulasan