Assalammualaikum wth..
Sudah 3 bulan ika tak renew blog ika ni.Bukan merajuk atau tiada idea,tapi kesibukkan sebagai seorang pelajar yang memerlukan komitmen penuh dalam pengajian,membuatkan ika tiada peluang untuk berblog. Walau macam mana pun,ika tetap updated perkembangan bloger-bloger yang ika followed.Antaranya My Amethyst, Saya Suka Menaip, Maria Elena, Fatin Liyana dan banyak lagi. Tapi kesemua bloger ni favorite ika.Sebab tuh selalu updated perkembangan mereka. Bila rasa nak updated style, singgah ke My Amethyst. Rasa nak updated info terkini Saya Suka Menaip dan Maria Elena sebagai sumber rujukan. Seriously sangat BEST!!korang semua pun mesti kenal an bloger-bloger popular ni. Singgah-singgah la ye. =)
Untuk entry ika kali ni nak share sesuatu yang ika rasa semua pernah alaminya kan.
MEMORI...
Yup memori selama 2 tahun 1/2 ika berada menjadi Pelatih Kejururawatan di sebuah Kolej Kejururawatan yang ada di Port Dickson membuatkan ika banyak belajar erti tanggungjawab. Sebelum belajar jadi nurse ni, macam-macam persoalan yang ika nak tahu sangat dalam bidang perawatan ni. Tapi bila dah belajar,alhamdulillah...serba sedikit ika memahami dalam bidang perawatan ni.
Sebagai pelatih pula,macam-macam ward ika dah masuk antaranya Labour Room, Ward Antenatal dan Postnatal, Ward Gynae, Ward Medikal dan Surgikal,Ward Orthopedic,Ward Peadetrict, Ward SCN.
Manakala Klinik Kesihatan dan Klinik Desa juga ika pernah practical.
Kawasan-kawasan yang pernah ika posting seperti Negeri Sembilan dan Selangor.
Pengalaman sepanjang menjadi pelatih jururawat ni sesuatu yang tak ternilai harganya. Pada saat ni la suka duka sepanjang melakukan tugasan hanya ika yang tahu.
Labour Room Hospital Tuanku Jaafar Seremban, NS.
Dari awal ini lah kita harus belajar patuh pada arahan dan elak dari berterusan melakukan kesilapan kerana sebagai seorang perawat, tugas kita melibatkan nyawa pesakit. Sekiranya kita tersilap sebesar zarah, kesannya boleh menjejaskan periuk nasi sendiri.
Oleh sebab itulah, apa yang dipelajari harus diamalkan sampai bila-bila.
OPPSSS!!!
ika terpaksa stop untuk entry kali ni sebab ada hal yang tak dapat dielakkan. Jadi tunggu next entry ika untuk sambungan MEMORY PART II. see ya!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan