Selasa, 1 Januari 2013

Memori 2 Tahun 1/2 Part II




Assalammualaikum..selamat sejahtera dan SELAMAT TAHUN BARU uolls!!
Alhamdulillah syukur kehadrat ilahi kerana sampai juga kita untuk tahun 2013 ni. Apa macam azam tahun baru uolls??Dan apa macam azam tahun 2012 uolls??tercapai atau sekadar melepaskan batuk ditangga??ishish..sebenranya..azam yang kita semua buat ni adalah guard line untuk kita capai apa yang kita harapkan.kalau tidak,,macam tak ada matlamatla dalam hidup kita ni.So,untuk tahun nie tak terlambat untuk mulakan azam baru.moh kita ye!!
Untuk entry kali nie ika nak sambung entry sebulan yang lepas (mak aih gila lame!). untuk pengetahuan semua blogger atau bukan blogger, Ika telah pun selesai menduduki peperiksaan akhir dan peperiksaan Lembaga Jururawat Malaysia.Alhamdulillah..setelah 2 tahun lebih kami semua berhempas pulas akhirnya seramai 146 orang pelatih telah lulus dengan cemerlang semuanye.YEY!!!!

Tamat sahaja musim peperiksaan, we all sibuk pula dengan kursus induksi. Kursus ni sebagai persediaan untuk bakal-bakal penjawat awam yang akan berkhidmat dengan perkhidmatan awam. antara program yang dilaksanakan adalah ceramah, kerja berkumpulan, individu dan macam-macam lagi. Best juga la. Paling best dalam aktiviti Pengucapan Awam ika jadi peserta terbaik,Alhamdulillah..tajuk yang ika bawa adalah, "SAYA BANGGA JADI ANAK MALAYSIA" spontan je kot. Mungkin dari segi keyakinan yang Ika ada ni lah para juri rasa Ika layak. walaubagaimanapun, semua peserta bagi persembahan yang terbaik pada waktu itu. TAHNIAH uolls!!



Ha..nak tahu tak pasal gambar kat atas yang ika letak nie?
Sebelum hari terakhir kami bersama di KJMPD, group kami telah rancang Farewell Dinner sebagai majlis perpisahan kami pada 28 Disember 2012 yang bertempat di PNB Ilham Resort, Port Dickson, Negeri Sembilan. Alhamdulillah, diatas kerja sama semua pihak,maka majlis kami ini berjalan dengan lancar dan penuh glamor! cantik-cantik semua pelatih dan staf yang hadir. Tema Farewell we all adalah Glamours Night. Tema warna pula adalah pink, biru dan hitam. Dress yang ika pakai malam itu adalah bercirikan ketimuran sedikit iaitu abaya dan hijab pula ika gayakan turban. Berani mati wo nak pakai gaya nie. Tapi tak salah kan kalau sekali sekala bergaya macam nie. hehehe..


  

  




Walaupun kemeriahan malam itu dapat dillihat tetapi sebenarnya terpancul sedikit kesedihan tatkala kami semua akan berpisah dan kembali ke negeri masing-masing. Mana tidaknya selama 2 tahun 1/2 kami bersama terpaksa kami berpisah. memang pelbagai memori yang terpahat dan diharapkan sewakti majlis konvo pada bulan November tahun ini yng diadakan di Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Ulu Kinta, Perak, kita akan berjumpa. pada masa itu semua dah bekerja dan dah berumah tangga. But not me ok.hhahahah..
lastly, I dedicated to all batch Julai 2010 Kolej Jururawat Masyarakat Port Dickson, Ika doakan uoll semua berjaya dan jadi jururawat yang baik eh. Muka jangan nak makan budak pulak.huhuh.
insyaallah..kita semua pasti akan bersatu suatu hari nanti
Amin.. LOVE YOU ALL GIRLS!!!
-I LOVE KJMPD-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan