Assalammualaikum..salam sejahtera uolls!
Alhamdulillah, kita semua masih berada di bumi Allah s.w.t pada hari jumaat ini.
Semoga segala rezeki yang melimpah ruah di dunia ini adalah dari rezeki yang halal.
Entry untuk kali ni first time ika enter dalam blog ika. Siapa yang kenal ika memang tahu apa yang ika tak pandai dan apa yang ika lemah.
Tapi kelemahan yang ika ada bukan penghalang besar untuk ika sekarang.
So, i must prove it yang ika BOLEH MASAK!!!!!!!!!!!!!
Cer tengok.semangat kan.huhuh..
Ika ni boleh la dikategorikan wanita atau bakal menantu yang sure2 kene reject.
Sebab apa??
Sebab ika x tahu masak. Tapi setakat masak air, maggie, nasi, telur dadar tuh expert la. Tapi nak masak benda2 yang selain tuh memang complicated. adush....
Ibu mana tak bising kan dah 22 tahun pun x reti masak. Bukan ibu je, buah hati pengarang jantung pun akan tanya, "duduk2 rumah tuh cuba2 lah belajar masak.." . auchh malu~
Di sebab kan kata2 perangsang itulah ika kena cari inisiatif sendiri untuk belajar masak.
Sekarang pun banyak kemudahan untuk orang yang macam ika ni nak belajar masak. Kita boleh search kat internet, majalah atau media massa.
Sementara ika jadi suri rumah yang gojes, kena lah belajar masak. Kalau tak, jatuh wo..martabat seorang wanita kalau tak tahu masak. Malu..malu..wo..
So, sekarang ika nak tunjuk sikit la apa yang ika masak untuk hari Rabu lepas dengan hari ini. Bukan nak menunjuk tapi nak share dengan uolls je orang yang tak pandai masak ni sebenarnya boleh masak.
Telur kari
Hari rabu lepas ika memang tak sempat nak post apa yang ika masak sebab maklum lah suri rumah yang gojes ni bukan sibuk online je. So, inilah dia hasil titik peluh sendiri buat pertama kalinya ika masak telur kari untuk family ika. Bak kata pengarang jatung ika, dia kata, " tak apalah, mula-mula kari telur lepas ni buat la ayam dengan ikan pulak". Huhuhu..rasa dia pulak memang kene dengan selera ika. bagi ika rasa dia WALAWEYH!!!!!syok sendiri pulak.hehehe
Ikan kembung masak singgang
Untuk hari ini pula, ika masak ikan kembung masak singgang. Harap sangat rasa dia macam ibu masak. Tapi, ibu kata "ok la ni, untuk jaga kesihatan boleh la..". wa~ ~
Walaupun cara persembahan masakan ika ni kurang memuaskan tapi ika bangga sebab ika yang masak sendiri!!hahah.. Bukan tak sedap cume kurang pedas je. Bagi ika ada la rasa macam ibu buat tapi tak 100% la...
Sebenarnya, apa yang cuba ika tunjuk untuk entry kali ini adalah usaha, yakin dan berani. Ada je 3 perkara ni, Insyaallah..uolls yang tak pandai masak pun akan cuba nak masak. Best tau kalau family atau orang lain makan makanan yang kita masak dengan air tangan kita sendiri ni. Pahala sure2 uolls dapat kalau uolls ikhlas masak tuh.
Lagi satu, ika amalkan selawat keatas Nabi setiap kali ika masak. Tak kisah lah setakat masak nasi je pun kena selawat juga sebab kita nak bagi orang makan ni, mesti lah yang berkat kan.
Last kali, semangat ika untuk masak ni lagi membuak2 bila ibu beli lauk kat pasar tadi. Sabtu dan Ahad off sebab bagi ibu yang masak.hehehe..Masih terfikir nak masak apa pulak isnin depan eh.huhu..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan