Assalammualaikum dan selamat tengahari uolls.
Hari ni just nak share pasal hari semalam. Tak penting pun tapi bagi ika ia sangat priceless.
Semalam tak sangka dapat date dengan my bestie iaitu Mia Amira si cantik dan manje2 gitu.
Sanggup dia drive dari Gombak terus mai Putrjaya semata2 nak jumpe kawan dia yang senget ni.
Mana tak nye, rindu woo...asyik postpone je bila nak jumpa.
Tapi alhamdulillah,,lepas habis belajar ni dapat juga spent time dengan kawan kan. Kalau tak, anak da berderet2 kot.
Semalam hangout area Putrajaya je pun. Aktiviti utama kami adalah gossip, shopping, dan makan.heheh..
Yang paling best time dalam fitting room butik Kitschen. Cuba la semua baju dangan seluar yang comel2. Habis ika dangan mia ambil seluar jeans kat display. Itu baru ambil belum dalam fitting room lagi. Masyaallah.. BERSEPAH!
Lebih2 lagi si Mia ni. Saiz kaki dah la ala-ala Amber Chia. Memang XS atau S je la.. x macam ika. Hamek kau saiz L. gedabak kan..nak buat macam mane..keturunan right?!
Tapi dapat save banyak la dengan membuat eksperiment pelbagai seluar dari ika beli sehelai RM80.00 dapat la ika save RM30.05 dengan beli 2 seluar RM89.90 berbanding kalau beli sehelai RM69.90. Memang terbaik!!!
Then, dah penat shopping dan berhabis wang ringgit (duit poket), perut telah mengeluarkan bunyi peristalsis 'oppa gangnam style'. Dah lapar cari la kedai makan untuk cover energy yang hilang.
Mia suggest makan Nasi Arab dekat UNITEN. punyalah bersungguh cakap sedap dan paling sedap! Ika ni tak berapa sangat dengan Nasi Arab ni lepas try makan kat Cyberjaya yang x berapa tuh.
Tapi lepas Mia bawak satu cafe dekat UNITEN tuh, persepsi ika terhadap Nasi Arab adalah sangat sodap!
Alhamdulillah..kenyang perut.Burp!hehehe..
-Kabsah Chicken Roaster-
-Mia Amira-
Lastly sebelum ika dan mia berpisah singgah2 la ke Taman Warisan yang terletak di Presint 16, Putrajaya untuk beli Coconut Shake dengan Chocolate Blended. Nyum..nyum..sejuk tekak ni.
By the way, thaks Mia amira sebab sudi layan karenah si senget ni dan sanggup member dengan si senget nie. Walaupun usia persahabatan kita baru 4 tahun, tapi kita memang faham each other.Tak lupa untuk kawan2 yang lain. Usia persahabatan memang tak penting tapi keserasian, persefahaman dan hormat antara satu sama lain itulah yang mengukuhkan sebuah persahabatan. =)
pss:.Mia,ekin,ara dan nita..ingat lagi pict ni since tahun 2009.Miss giler that moment =(
besh kan lepak ngan kawan...kawan2 i sume dah kawen..hehe jrg jumpe
BalasPadamHai zuraidah.thanx sebab sudi bace entry kite.terus support ok!
Padam