Jumaat, 11 Januari 2013

Bukit Broga..I Come!!!

Asslammualaikum wth dan selamat pagi yang terlampau uolls!!
Apa kejadah la kan ika pagi2 buta (3:01 am) ni nak type entry baru. Bukan tak nak tungu siang tapi seriously busy pagi2 ni. (eleyh, busy la sangat..).
Ini semua gara2 tak sabar nak mendaki Bukit Broga bersama Mia Amira sabtu ni. 
Sebenarnya ika memang suka aktiviti yang ex-stream ni cuma belum ada peluang je nak buat. 
Apa, uolls ingat Ika nampak macam lembik ni tak mampu ke?? Jangan pandang Ika sebelah mata ok. Lagi pun time sekolah menengah dulu Ika pernah jadi Ketua Plantun Wanita untuk Kadet Bomba Peringkat Kebangsaan tau! Bukan nak berlagak tapi tidak mahu diri ini dipandang rendah sahaja.

Ok Ok. Berbalik pada tajuk entry kali ni adalah berkenaan persediaan mental dan fizikal ika sebelum memulakan ekspidisi mendaki Bukit Broga. Dari segi fizikal Insyaallah, ika dah bersedia untuk mendaki dengan persediaan kelengkapan yang perlu dibawa.
Tapi bukan la persediaan seperti nak mendaki Gunung Everest yang memerlukan 100% kelengkapan dan alatan keselamatan. Walau apa pun, ia masih perlu dianggap penting. Jangan dah terhantuk baru nak terngadah kan.
Dari segi mental Ika masih belum mendapat gambaran lagi keadaan Bukit Broga ni macam mana, walaupun dah search kat Googles. Tapi mengikut Mia Amira dia dah pergi banyak kali. So, tak lah risau sangat.



Subhanallah, kalau tengok dekat Googles pun dah cantik apatah lagi kalau ika berada kat atas bukit ni. Sungguh indah ciptaan Allah swt ini kan.
Sebelum ika akhiri entry ika hari ni,Ika nak uolls semua doakan kami berdua selamat mendaki Bukit Broga pada Sabtu ini ok. Nanti Ika upload semua gambar yang kami ambil nanti ye.
Tq sebab sudi baca entry ika ni.
Moga allah berkati hidup kalian.amin... =)
   

2 ulasan:

  1. Mcm mana experience naik broga? Ramai tau membe dh start naik ke broga.. Dirini je tak kesempatan ..

    BalasPadam