Ahad, 13 Januari 2013

Welcome To Broga Hill

Assalammualaikum wth dan salam sayang uolls!!
Alhamdulillah kita semua masih bersama pada hari minggu yang paling bahagia ini.
Seperti yang telah Ika janjikan pada semua untuk menceritakan pengalaman Ika dan kawan2 mendaki Bukit Broga.
Semalam Ika telah pun memulakan pendakian bersama 2 orang lagi member Ika. Pada awalnya, just nak pergi Ika dan Mia Amira je. Tapi, untuk keselamatan bersama kenalah bawa seorang lagi member Ika iaitu Izi.

IZZI.IKAIKAFAID.MIA AMIRA

Sesampai sahaja di tempat parking kereta yang terletak di kawasan ladang kelapa sawit, kami memastikan segala kelengkapan yang perlu telah dibawa dan kenderaan dalam keadaan selamat kerana tiada sekuriti di sana . 
Pendakian kami bermula tepat jam 6.00 pm dan cuaca pada masa itu Alhamdulillah, sangat redup.
Masing2 semangat pada awalnya untuk memulakan pendakian tetapi dalam semangat tuh tak sampai 10 minit sumpah Ika pancit.hehehe..

Di awal pendakian kami ke puncak Broga Hill

Sempat pose walaupun penat

Bersama orang kuat kami

Ini lah pit stop kami yang pertama. Untung lah ada orang yang boleh snap gambar Ika dan Mia. Mekasih ye...Di sebabkan pendakian kami yang bermula agak lewat kami tak boleh buat pit stop banyak sangat takut tak sempat tengok sunset.
Pendakian ini memerlukan ketahanan dari segi mental dan fizikal. Jika tidak memang tak sampai atas la jawabnya..Alhamdulillah juga sebab member2 ika banyak membantu dalam meningkatkan semangat Ika.

 Pit stop yang tah keberapa da...

Tumpang sandar ye batu belah batu bertangkup


Melalui gambar sahaja mesti uolls dapat bayangkan bagaimana keadaan kami sewaktu pendakian di Broga Hill. Hampir2 je Ika putus asa tak nak sampai atas. Tapi tengok semangat Mia, Ika pun kena semangat juga. Kalau kita cepat putus asa, mesti takkan membuahkan hasil kan?
Alhamdulillah impian nak tengok sunset tercapai juga. yey!!!!!!!!!!!

Hebat gilerrrrr!

Cuba tengok bro ni. Lagi la semangat siap bawa basikal lagi mendaki. Tapi yang lagi hebatnya, we all yang mulakan mendaki dan baru dia. Tahu2 je masa kami buat pit stop, dia da turun dah. Serius kuat betul stamina bro ni. Ini semua nak bagi Ika gambaran kalau orang lain boleh buat why not me?!
Untuk pengetahuan uolls, bukan kami bertiga je dekat atas ni tapi ramai jugak, Siap bawak satu family mendaki. Yang Ika terkejut, budak kecik dalam lingkungan 4 or 5 tahun pun ade. Ini yang lagi berkobar-kobar Ika dibuatnya.
Subhanallah..




Subhanallah..cantik betul pemandangan atas Bukit Broga. memang betul cakap member2 yang dah pergi view kat atas Broga memang cantik. Untuk pengetahuan uolls semua, kami berada dalam ketinggian 200 meter dari dasar. Bagi Ika yang gayat ni memang tinggi la kan. Tapi tak tahu lah uolls semua kan.

Bersama orang kuat lagi

Kesian lak Ika dan Mia dekat Izzi. Ye lah, dah la sorang je lelaki. Lepastuh terpaksa la ikut we'll join pit stop. Kalau tak kejap je kot dia boleh sampai atas. Tapi nak buat macam mana, takkan la nak biarkan kaum hawa ni terkontang kanting naik atas kan. hehehe.
Perjalanan ke Broga Hill ni memang mencabar. Mana taknya, jalan je da lah curam,ada bahagian yang kena paut dengan tali, sempit, berbatu dan macam2 lagi lah. Tapi, kalau tak mencabar tak adventure la kan.
Anggan2 yang tak masuk akal

Welcome to Broga Hill

Jam hampir 7.15 pm dan kami masih meneruskan perjalanan untuk sampai ke puncak.

Macam semut api

Ika boleh!!

Setelah berhempas pulas kami mendaki, Alhamdulillah..kami bertiga berjaya sampai ke puncak Bukit Broga!!!!!!



400 meter wow!!



 Setelah puas berehat dan melakukan ape yang patut, kami bersedia untuk turun ke bawah semula setelah puas melihat pemandangan dari atas bukit dan melihat sunset =)
Nak turun ni tak adalah penat sangat berbanding mendaki. Tapi dah mulakan kita harus habiskan apa yang telah kita mulakan. Mencabar juga nak turun ni sebab cuaca da gelap Jadi kami hanya bergantung dengan cahaya Handphone Izzi sahaja. Jika salah langkah memang padah jadinya.
 Tetapi, dalam Ika cuba berhati-hati, malang tak berbau apabila Ika melakukan sliding semasa menurun bukit di bahagian cerun tuba-tiba ika terjatuh tergolek sedikit dan menyebabkan luka di bahagian lutut. Alhamdulillah, kecederaan yang dialami tidak terlalu teruk dan atas semangat Izzi dan Mia, Ika masih mampu meneruskan perjalanan walaupun dalam keadaan sakit.

penangan Broga Hill

Jam menunjukkan 8.15 pm akhirnya kami bertiga selamat dan berjaya menghabiskan pendakian kami di Broga Hill. Syukur kehadrat ilahi. 

Walaupun pelbagai dugaan sepanjang perjalanan kami, biarlah hanya kami ketahui kerana kami sendiri merasai pengalaman itu. Tiada erti penyesalan bagi ika untuk mendaki Broga Hill selepas ini sekiranya ada peluang. Paling penting adalah, setiap pengalaman yang kita lalui tak boleh beli dengan wang ringgit. So, hargailah peluang yang ada untuk mencuba sesuatu yang baru dan mencabar hidup kita.
So uolls semua macam mana??
Tak teringin nak pergi ke??Bukan tinggi Gunung everest pun..
Alami sendiri ok!


Thanks uolls sebab sudi baca entry ika ini.











4 ulasan:

  1. tahniah ika!
    D mane ade kemahuan pasti ada kjayaan kn dik...
    tahniah skali lg...
    sys Deq Ma

    BalasPadam
  2. mcm menarik je broga hills nie. daki bukit nie kira free la kan,ke perlu byr entrance ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. if x silap kalau start hiking pagi kena bayar parking rm 2 je.memang best!try la =)

      Padam