Khamis, 31 Januari 2013

Ayam Masak Paparika

Assalammualaikum wth..ini lah jadinya bila da jadi penganggur terhormat tak lain tak bukan ada je nak di update dalam blog sendiri. Bukan apa,dari buang masa kat luar perhabiskan duit baik stay kat rumah buat apa yang patut mengemas ke, mencuci ke, memasak ke..MEMASAK?????


Ish!memalu pulak gambar ika ni.

Hari ni mood nak masak memang tip top siap cakap dengan ibu "angah nak volunteer masak hari ni". Itulah namanya semangat berkobar-kobar. Ye la, masih sedar diri ini untuk belajar masak walaupun tak sehebat Chef Wan. huhuh..jauh panggang dari api. So, ika plan untuk masak ayam paprik.



Bahan-bahan ayam masak paprik.

Eh lupa pulak nak letak sos tiram dan sos tomato. Its ok, lagipun tak perlu nak formal sangat sebab blog Nukilan IkaIkaFaid ni random. Jadi sesuka rasa la nak buat apa. Sudah siap bertukang kat dapur untuk menyiapkan menu hidangan tengahari, siap sedia untuk dihantar ke perut sendiri. 
Cop cop! sebelum menjamu selera sempat ambil gambar lagi untuk share dengan uolls apakah hasilnya.


Jeng..Jeng..Jeng!!

Inilah dia ayam masak paprika!!!kenapa paprika??sesuka rasa ika lah nak letak nama dia paprika sebab kalau nak diperhatikan presentation dia macam ayam masak paprik ke? Macam ayam masak merah pun ada. Tapi yang membezakan rasa adalah daun limau purut nya. So, adalah sikit rasa paprik tuh. Disebabkan pelik, Ika namakan ia Ayam Masak Paprika..YeY..haha..

Selamat Menjamu Selera ye... =)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan