Assalammualaikum wth dan selamat pagi uolls!! Sekian lame diri ini tidak mengupdate blog ini. Ini kerana terlalu busy
untuk memperbaharui template blog yang sebelum ini berwajah Pink Watermark dan
mengetengahkan Title Blog Si Cantik Tulip tetapi bermula 30/1/2013 Ika telah
melakukan satu eksperimen dengan mengubah template kepada Simple template dimana backgroundnya adalah rak buku dengan
Title Blog Nukilan IkaIkaFaid. Mungkin
ada yang tertanya kenapa dia asyik tukar template je eh? Ini kerana diri ini
merasakan Blog IkaIkaFaid ini tak secomel Blog NisaKay (Saya Suka Menaip) dan Blog yuyuzulaikha (Kupukupukecil). Disebabkan
itulah rasa kekurangan ini ingin cuba makeover blog sendiri. So jadilah seperti ini yang anda semua lihat.
Selain itu juga, blog yang terkini ada pengisian sedikit dimana ika telah menambah widget dengan memaparkan iklan-iklan sociable daripada Facebook dan juga daripada Nuffnang. Nuffnang?? Wah.. sebelum ni Ika tak tahu macam mana nak daftar blog ika ni kepada Nuffnang. Alhamdulillah..dengan bantuan dan tunjuk ajar seorang sahabat, maka Blog Nukilan IkaIkaFaid ini telah di Ads by Nuffnang. Mungkin Ika kene belajar daripada blogger2 yang lain untuk memantapkan lagi dunia berblogger ni. Untuk blog kali ini ika akan ketengahkan segala pengalaman ika dan akan memaparkan beberapa info kesihatan. Selebihnya adalah random.
Asalnya, Ika nak blog Ika ni nampak comel,fresh dan banyak kemudahan tapi tahap kemampuan Ika dalam makeover blog ini adalah zero. So, terpaksalah guna makeover yang telah sedia ada. Bagi Ika,blog sebenarnya dapat menunjukkan pendirian siapa pemilik blog itu yang sebenar. Kalau dah banyak pink2 ni, sure beliau adalah seorang bersifat lembut, manja, berani dan gegirl lah katakan. Berbanding ika memaparkan blog yang simple, tersusun dan tidak banyak memainkan warna. Bukan tidak berani nak buat lebih advanced , tapi cukup sekadar pembaca blog ika tahu pendirian ika dalam berblogger ni serta mereka faham setiap penulisan Ika. Itu sahaja.
Banyak juga tutorial blog yang menjadi sumber rujukan untuk memantapkan lagi Blog Nukilan IkaIkaFaid. Antaranya :
Akhir sekali, sekiranya ada pandangan ingin dikongsikan, share je dengan ika. Ika sedia menerima sebarang pandangan dan juga teguran dari semua senior blogger yang dikasihi.
Ok, salam sayang semua. =)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan