Ahad, 3 Mac 2013

Suara Hati Ika







Assalammualaikum wth dan salam satu Malaysia uolls.
Mood semenjak-menjak ni kurang happy dan sering tertanya apa yang dicari dan apa yang dikehendaki penceroboh yang menceroboh di Lahad Datu, Sabah sehingga sanggup menumbangkan 7 prajurit negara kita. Walaupun rundingan telah dibuat kenapa akal yang tuhan beri memilih senjata sebagai pembuat keputusan? Banggakah mereka kerana menceroboh tanpa izin dan sewenang-wenangnya melepaskan peluru sehinggakan memberi kesan kepada keluarga mangsa?



Peristiwa berdarah di Kampung Tanduo, Lahad Datu Sabah merupakan satu catitan sejarah hitam di negara ini. Musuh-musuh negara termasuk yang berpengkalan di negara jiran mencari kesempatan untuk melakukan sesuatu yang dianggap mereka sebagai satu perjuangan di samping gembira melihat nama baik Malaysia tercemar.

Stand-off yang agak lama ini dikatakan untuk memberi ruang rundingan yang berlangsung antara pemberontak dengan Pihak Berkuasa Malaysia. Hanya mereka yang biasa dengan keadaan kritikal sedemikian boleh menghargai apa yang sedang dilakukan oleh kedua-dua pihak terutama di pihak Kerajaan Malaysia.

Adalah difahamkan ruang dan peluang secukupnya telahpun diberikan kepada penceroboh. Pada masa yang sama, pihak berkuasa Malaysia sering berhubung dengan pihak berkuasa Filipina demi menentukan wujudnya kerjasama dan kesefahaman di dalam menangani masalah yang melibatkan pemberontak-pemberontak yang sebahagian daripada anggota mereka terdiri daripada penyokong-penyokong fanatik yang dikatakan mengambil arahan daripada pimpinan mereka tanpa mempersoalkan.


Siapa ika untuk mempersoalkan apa yang terjadi.Tetapi sebagai salah seorang warga Malaysia yang ade sifat prihatin tentang apa yang berlaku ingin bersuara sedikit tentang tragedi tumpah darah yang berlaku di Lahad Datu, Sabah.
Kita yang di Semenanjung ni bukan sebagai penonton atau tahu memberi komen tentang apa pihak berkuasa lakukan. Janganlah memperkotak katikkan apa yang pihak berkuasa buat. Sekiranya anda lebih bijak daripada mereka, mengapa bukan anda sahaja yang berada di tempat prajurit untuk menentang penceroboh tersebut?Muhasabah diri sebelum berkata dan meluahkan. Kita harus bersatu dan kekalkan sefahaman agar negara kita terus utuh diatas dan bukan dipijak-pijak penjajah.
Yup,sekarang kita masih boleh enjoy dan bergelak ketawa untuk rasa nikmat kehidupan ini tapi bagaimana yang terjadi di Lahad Datu dan Semporna yang masih berada dalam ketakutan?
Berita Khas baru-baru ini menyatakan peningkatan anggota polis yang terkorban seramai 8 orang menunjukkan betapa rakusnya pihak penceroboh untuk terus menyerang.




Sebagai warga negara Malaysia marilah sama-sama kita mendoakan agar kekuatan dan semangat prajurit-prajurit negara kita yang mempertahankan negara ini terus kekal dan selamatkan mereka dari terus menjadi mangsa peluru pihak penceroboh yang tidak bertamadun itu.
Amin......




Tiada ulasan:

Catat Ulasan