Ahad, 21 April 2013

Movie Long Weekend

Assalammualaikum wth dan hola holi cikebung uolls..
Nak tanya la kan,cuti hujung minggu ni apa plan uolls??
Mesti macam-macam nak buat kan.
Tapi kali ini cuba uolls semua pergi menonton wayang berhampiran uolls esok.
Ika nak share ade satu horror movie yang boleh buat uolls semua rasa heart attack plus histeria dalam masa 1 jam 30 minit.
Nak try tak rasa experience tuh??
Ika suggest uolls tonton movie "Long Weekend"




Meyh baca sikit sinopsis movie ni.
Movie ini mengisahkan tentang Thongsook merupakan seorang remaja yang pemalu, kekok dan berperwatakan seperti budak yang sering diganggu dan diejek oleh rakan-rakannya semenjak kecil. Dia bernasib baik kerana mempunyai kawan baiknya, Nam, iaitu seorang gadis yang membesar bersama Thongsook dan sentiasa menjaganya. Apabila Thongsook dan Nam memasuki kolej, mereka menghabiskan masa dengan kawan-kawan baru iaitu Boy, Jack, Beam dan Pui. Seperti biasa, kawan-kawan baru ini juga suka mengejek Thongsook. Thongsook cuma boleh bersabar tanpa sebarang aduan. Semasa cuti sekolah, rakan-rakan yang sering membuli Thongsook tidak menyedari bahawa mereka akan melalui sebuah pengalaman mengerikan yang membuatkan persepsi mereka terhadap Thongsook berubah. Mereka semua mengembara ke sebuah pulau terpencil yang terletak di tengah tasik tetapi Thongsook tidak dijemput walaupun Nam berkeras untuk menjemputnya. Tanpa diduga, Thongsook muncul apabila mereka tiba di pulau tersebut. Percutian yang selesa itu menjadi teruk pada malam kedua - malam 13hb Jumaat yang juga dikenali sebagai Malam Hantu Lapar.

Ulasan Ika:
Memang best sebab ika memang suka benda yang terkezut-terkezut ni.Memang agak klise dengan kebanyakkan movie yang ada sebelum ni tapi kali ini ada kelainan sedikit dari segi plot dan ending nya. Ade seekor dua kelibat hantu je yang ditontonkan.Yang bestnya sebab dia suspens dan mendebarkan serta cara kematian pelakon-pelakon ni berbeza.
Dari segi moral pula kita dapat nilai erti persahabatan dalam movie ni.Nak tahu lebih lanjut tontonlah sendiri ok.
Ika nk bagi 5 bintang la.


Selamat Mononton ye =)

Ahad, 14 April 2013

Segmen: 1000 Followers!

Assalammualaikum wth and hai-hai gojes sekalian..
Segarnya diri ini bila log in je blog ada satu segmen yang UMPPPHHH!!!



Segera Klik Sini untuk Join!!! >>>> Adam Faiz

Sumpah simple je rules dia.

Jom pakat reramai support segmen ini =)

Rezeki Jumpa Favorite Blogger "Alaa~si Datin tuu ! "

Assalammualaikum wth dan hola uolls.
 Tiba-tiba hati terus excited untuk update entry kali ini kerana tak di sangka-sangka dapat berjumpa dengan blogger favorite ika iaitu......
 
Jeng Jeng Jeng!!!
 

Sis Najjah blogger "Alaa~ si Datin tuu ! "

Heheh..macam tak percaya jumpa sis Datin ni di khalayak ramai di Aeon Seremban 2.
Antara dialog yang spontan dari ku..

Ika : Hai!!!kak Najjah kan?Blogger Alaa Datin tu..
dengan muka beliau agak terkezut..
Datin : Ye..saya..
Ika : Saya ika. Ley tak nak tangkap gambar dengan kak Najjah??
Datin :....boleh..tapi awak siapa ye??
aisemen boleh pulak ika lupa introduce diri ni.
Ika : saya Ika.Blogger jugak.tapi baru jugak la.maybe kak najjah tak kenal ika.tapi ika selalu ikut perkembangan blog akak.
Datin :Ye ke.. Ika dari mana?
Ika : Ika stay kat putrajaya.datang seremban jumpa kawan.Fatin liyana mana ye?
Datin : Dia kat Hong Kong sekarang..
Ika :ouuhh..kak najjah buat apa sekarang ye?
Datin : Akak belajar.sekarang cuti.
Ika : Ye ke..ley kan nak ambik gambar dengan akak?
Datin : eh boleh boleh.

 selepas bergambar seperti diatas

Datin : Nanti keep in touch k.
Ika : ok ok!!yey!!!!

Lepas ni harap-harap dapat jumpe lagi.sumpah sis Najjah comel with simple make up!!

p/s : teringin gak nak jumpa famous blogger seperti Maria Elena, Fatin Liyana, Yuyu Zulaikha, Shea My Amethyst, Nisa Kay.hehehe

 

 
 
 
 

Ahad, 7 April 2013

1st Giveaway By Izzah Azmin


Klik Link Ini Izzah Azmin

Jom join GA dermawan ini.
hadiah pun best.

Join Segmen Beri Ucapan Semangat!!!







Assalammualaikum dan hai hai gojes sekalian..
Alhamdulillah..julung-julung kalinya ika berjaya melancarkan segmen pertama ika.
Baru-baru ini ika telah menguar-uarkan bahawa ika bakal melancarkan segmen pertama kan. So,ika telah tunaikan hasrat ika untuk uolls semua.

Almaklumla..ika baru je seminggu jadi Nurse ni. Jadi,perasaan nervouse,takut dan seangkatan dengannya masih besarang dalam diri ika. So,ika just nak uolls beri ucapan semangat buat ika agar ika dapat mengatasi perasaan ni serta meningkatkan keyakinan ika dalam memberi servis yang terbaik buat pesakit-pesakit ika.

Segmen ini mempunyai objektif tersendiri iaitu menginginkan sokongan daripada para bloggers,merapatkan ukhwah diantara empunya blogger dengan bloggers sekalian dan ingin melahirkan blogger yang prihatin antara sesama blogger.

Nak join??
Ikut syarat-syarat kat bawah ini...

Syarat-syaratnya :-
1. Copy banner dan linkkan ke entri ini.
2. Follow blog Ikaikafaid
3. Buat satu entry bertajuk "Join Segmen Beri Ucapan Semangat"
4.Taip ucapan semangat yang paling kreatif buat ika
5. Linkkan blog uolls pada comment bawah entri ika
6. Makesure uolls semua adalah blogger Malaysia ok.

Due date untuk segmen ini akan diberitahu kelak
Cara pemilihan pemenang berdasarkan ucapan yang paling kreatif
Sekiranya penyertaan ini kurang dari 50 penyertaan, maka segmen ini 
     akan terbatal.
Ika tak mention hadiah apa nak bagi?jangan risau..setiap segmen pasti 
     ada hadiah misteri buat uolls.
  Hanya 3 blogger yang bertuah akan dipilih

Ika akan update segmen ini seminggu sekali dan senarai peserta akan 
     dipaparkan seminggu sekali.




Ini antara Link entri ada kaitan dengan segmen ini

  





Mudahkan...so,apa lagi.joinlah segera!!

Segmen ini tidak akan menyentuh mana-mana sensitiviti ok.Just suka-suka 

sahaja.Moh ajak kengkawan meramaikan segemn ini.

Segala yang buruk adalah dari ika sendiri manakala yang sempurna 

hanyalahnya diri-NYA sahaja.