Assalammualaikum wth dan hola holi cikebung uolls..
Nak tanya la kan,cuti hujung minggu ni apa plan uolls??
Mesti macam-macam nak buat kan.
Tapi kali ini cuba uolls semua pergi menonton wayang berhampiran uolls esok.
Ika nak share ade satu horror movie yang boleh buat uolls semua rasa heart attack plus histeria dalam masa 1 jam 30 minit.
Nak try tak rasa experience tuh??
Ika suggest uolls tonton movie "Long Weekend"
Meyh baca sikit sinopsis movie ni.
Movie ini mengisahkan tentang Thongsook merupakan seorang
remaja yang pemalu, kekok dan berperwatakan seperti budak yang sering
diganggu dan diejek oleh rakan-rakannya semenjak kecil. Dia bernasib
baik kerana mempunyai kawan baiknya, Nam, iaitu seorang gadis yang
membesar bersama Thongsook dan sentiasa menjaganya. Apabila Thongsook
dan Nam memasuki kolej, mereka menghabiskan masa dengan kawan-kawan baru
iaitu Boy, Jack, Beam dan Pui. Seperti biasa, kawan-kawan baru ini juga
suka mengejek Thongsook. Thongsook cuma boleh bersabar tanpa sebarang
aduan. Semasa cuti sekolah, rakan-rakan yang sering membuli Thongsook
tidak menyedari bahawa mereka akan melalui sebuah pengalaman mengerikan
yang membuatkan persepsi mereka terhadap Thongsook berubah. Mereka semua
mengembara ke sebuah pulau terpencil yang terletak di tengah tasik
tetapi Thongsook tidak dijemput walaupun Nam berkeras untuk
menjemputnya. Tanpa diduga, Thongsook muncul apabila mereka tiba di
pulau tersebut. Percutian yang selesa itu menjadi teruk pada malam kedua
- malam 13hb Jumaat yang juga dikenali sebagai Malam Hantu Lapar.
Ulasan Ika:
Memang best sebab ika memang suka benda yang terkezut-terkezut ni.Memang agak klise dengan kebanyakkan movie yang ada sebelum ni tapi kali ini ada kelainan sedikit dari segi plot dan ending nya. Ade seekor dua kelibat hantu je yang ditontonkan.Yang bestnya sebab dia suspens dan mendebarkan serta cara kematian pelakon-pelakon ni berbeza.
Dari segi moral pula kita dapat nilai erti persahabatan dalam movie ni.Nak tahu lebih lanjut tontonlah sendiri ok.
Ika nk bagi 5 bintang la.
Selamat Mononton ye =)
Long weekend mcm best je...boleh tgk jg nnti..tq
BalasPadamCecepat g tengok.makesure x de sakit jantung.hehe
Padammovie seram thailand memang tak pernah mengecewakan..=P
BalasPadam5 personaliti seorang bapa
http://iniblogabangkamil.blogspot.com/2013/05/5-personaliti-seorang-bapa.html
Yezzaa..memang terbaik dan x menghampakan penonton :)
Padam