Jumaat, 3 Mei 2013

Undi Anda Adalah Rahsia!

Assalammualaikum wth dan hai hai uolls.
Tiba-tiba rasa ingin menyatakan pandangan tentang PRU-13 yang akan diadakan pada 5/5/2013 ini.So,uolls yang layak mengundi ni ada yang belum mendaftar lagi ke??ayo...ruginya. Pada yang sudah mendaftar tahniah dan jangan lupa laksanakan tanggungjawab anda sebagai warganegara Malaysia untuk mengundi calon yang mampu menjaga kebajikan rakyat,perpaduan pada negara,memajukan negara dari segi ekonomi mahupun sosial dan memaparkan Malaysia sebuah negara Islam yang berjaya menyatukan rakyat pelbagai kaum di mata dunia.
Bukan memilih calon yang hanya tahu menabur janji,yang belum pernah mentadbir negara dan mengabaikan tanggungjawabnya sebagai pemimpin yang diharapkan rakyat.
Sebagai rakyat Malaysia,kita ada akal untuk berfikir yang mana  terbaik untuk negara dan bukannya mengikut perasaan disebabkan ketidakpuashatian dengan apa yang kita tidak miliki.
Biarkan mereka dengan cara mereka untuk membuktikan apa yang mereka ada dan kita janganlah memberi tomahan,mengkritik atau melontarkan kata-kata negatif kerana ia hanya memperbodohkan diri kita sendiri.
Mengertilah bahawasanya undi adalah rahsia.
Sokonglah dan undilah pemimpin yang mampu membawa kita kearah kemajuan dari segi agama,ekonomi dan sosial.
Satu undi mampu mengubah nasib negara.

Kepada pengundi semua,amalkan lah doa-doa yang mempu memberikan ketengan semasa mengundi nanti.

Honestly ini kali pertama ika mengundi.sesibuk mana pun,ika akan tetap mengundi.
:) 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan