Assalammualaikum wth dan what's up blogger sekalian??
Serius mood nak update new entry malam ini sangat menenangkan hati ini tatkala hujan menemani malam dan suara katak krong-krong yang mengelikan hati sambil mendengar alunan piano memberi satu simfoni di malam ini.
Tambahan lagi esok ika cuti untill jumaat ini.Mane x heaven.hewhehwhew
Just nak tanya uolls semua tahu tak tentang Jururawat Masyarakat?
Bagi yang tak tahu meyh ika share sikit info tentang Jururawat Masyarakat ni.
Sebelum ia dipanggil Jururawat Masyarakat aka JM ia juga dipanggil sebagai bidan kampung kerana waktu atok moyang kita bidan ni hanya berkhidmat untuk penduduk kampung sahaja dalam mengendalikan ibu-ibu yang bakal melahirkan bayi serta memberi perawatan tradisional untuk wanita dikampung.
Tetapi kini,era perubahan kearah permodenan telah berlaku dan tugas sebagai bidan kampung tidak seramai dahulu kerana tugas bidan kampung ini telah di upgraded sebagai Jururawat Masyarakat.
Apa bezanya JM dengan bidan kampung?
Bezanya adalah dari segi pendidikan,qualification dan kemahiran untuk mengendalikan tugas-tugas didalam perkhidmatan kesihatan.
Kementerian Kesihatan Malaysia telah menaik tarafkan bidan-bidan kampung ini lebih berpengetahuan serta mempunya qualification yang setaraf dengan keperluan kesihatan masa kini.
Dari segi tugasan pula,pernah uolls terfikir apakah yang dilakukan JM dalam sektor perkhidmatan kesihatan ini?
Tugas JM ini diletakkan di bahagian komuniti seperti di Klinik Kesihatan,Klinik Desa dan juga di Hospital.Kalau JM di Klinik Kesihatan dan Klinik Desa tugasnya dalam mengendalikan kesihatan ibu dan anak sangat besar kerana ia bermula memeriksa ibu mengandung melakukan booking sehingga hampir tempoh kelahiran. Berbanding dengan JM di hospital yang bertugas di Labour Room,Wad Antenatal dan Postnatal,Special Care Neonatal (SCN) dan banyak lagi mengikut keperluan hospital.Besar kan skop penempatan JM ini.
Selain itu,dari segi qualification pula,ia hanyalah di peringkat Sijil sahaja dan tak lama lagi JM juga akan di iktiraf dalam Diploma.Maknanya,dari semasa kesemasa skop pembelajaran pelatih-pelatih JM ini akan bertambah. Tempoh pengajian adalah selama 2 tahun 6 bulan termasuk 3 bulan kelas dan 3 bulan posting di klinikal. Skop pembelajaran pula lebih kepada midwifery,Neonatal dan komuniti.Basic medikal dan surgikal juga turut dipelajari bagi memenuhi keperluan pengetahuan semasa posting di klinikal nanti.
Banyak faedah yang dimiliki kerja sebagai JM ini kerana ia adalah 100% dari sektor kerajaan.Semasa latihan,pelatih JM diberi elaun setiap sem.So, tak perlu buat sebarang pinjaman kewangan untuk pendidikan.Selain itu,peluang bertugas di klinik dan hospital dapat melahirkan sejuta pengalaman yang dapat JM sendiri rasakan.
Bagaimana untuk memohon atau mengetahui lebih lanjut untuk menjadi Jururawat Masyarakat?
Mudah sahaja just klik LATIHAN JURURAWAT MASYARAKAT untuk latihan dan klik JURURAWAT MASYARAKAT bagi mengetahui skop selepas latihan nanti.
Ok lah.itu sahaja info yang dapat ika share untuk uolls dan adik-adik yang masih terfikir untuk sambung belajar mana selepas ini.
Jika nak share atau nak ajukan soalan just comment je dekat sini.
=) agios!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan