Khamis, 31 Januari 2013

Ayam Masak Paparika

Assalammualaikum wth..ini lah jadinya bila da jadi penganggur terhormat tak lain tak bukan ada je nak di update dalam blog sendiri. Bukan apa,dari buang masa kat luar perhabiskan duit baik stay kat rumah buat apa yang patut mengemas ke, mencuci ke, memasak ke..MEMASAK?????


Ish!memalu pulak gambar ika ni.

Hari ni mood nak masak memang tip top siap cakap dengan ibu "angah nak volunteer masak hari ni". Itulah namanya semangat berkobar-kobar. Ye la, masih sedar diri ini untuk belajar masak walaupun tak sehebat Chef Wan. huhuh..jauh panggang dari api. So, ika plan untuk masak ayam paprik.



Bahan-bahan ayam masak paprik.

Eh lupa pulak nak letak sos tiram dan sos tomato. Its ok, lagipun tak perlu nak formal sangat sebab blog Nukilan IkaIkaFaid ni random. Jadi sesuka rasa la nak buat apa. Sudah siap bertukang kat dapur untuk menyiapkan menu hidangan tengahari, siap sedia untuk dihantar ke perut sendiri. 
Cop cop! sebelum menjamu selera sempat ambil gambar lagi untuk share dengan uolls apakah hasilnya.


Jeng..Jeng..Jeng!!

Inilah dia ayam masak paprika!!!kenapa paprika??sesuka rasa ika lah nak letak nama dia paprika sebab kalau nak diperhatikan presentation dia macam ayam masak paprik ke? Macam ayam masak merah pun ada. Tapi yang membezakan rasa adalah daun limau purut nya. So, adalah sikit rasa paprik tuh. Disebabkan pelik, Ika namakan ia Ayam Masak Paprika..YeY..haha..

Selamat Menjamu Selera ye... =)

Berwajah Baru

Assalammualaikum wth dan selamat pagi uolls!! Sekian lame diri ini tidak mengupdate blog ini. Ini kerana terlalu busy untuk memperbaharui template blog yang sebelum ini berwajah Pink Watermark dan mengetengahkan Title Blog Si Cantik Tulip tetapi bermula 30/1/2013 Ika telah melakukan satu eksperimen dengan mengubah template kepada Simple template dimana backgroundnya adalah rak buku  dengan Title Blog Nukilan IkaIkaFaid.  Mungkin ada yang tertanya kenapa dia asyik tukar template je eh? Ini kerana diri ini merasakan Blog IkaIkaFaid ini tak secomel Blog NisaKay (Saya Suka Menaip) dan  Blog yuyuzulaikha (Kupukupukecil). Disebabkan itulah rasa kekurangan ini ingin cuba makeover blog sendiri. So jadilah seperti ini yang anda semua lihat.

Selain itu juga, blog yang terkini ada pengisian sedikit dimana ika telah menambah widget dengan memaparkan iklan-iklan sociable daripada Facebook dan juga daripada Nuffnang. Nuffnang?? Wah.. sebelum ni Ika tak tahu macam mana nak daftar blog ika ni kepada Nuffnang.  Alhamdulillah..dengan bantuan dan tunjuk ajar seorang sahabat, maka Blog Nukilan IkaIkaFaid ini telah di Ads by Nuffnang. Mungkin Ika kene belajar daripada blogger2 yang lain untuk memantapkan lagi dunia berblogger ni. Untuk blog kali ini ika akan ketengahkan segala pengalaman ika dan akan memaparkan beberapa info kesihatan. Selebihnya adalah random.

Asalnya, Ika nak blog Ika ni nampak comel,fresh dan banyak kemudahan tapi tahap kemampuan Ika dalam makeover blog ini adalah zero. So, terpaksalah guna makeover yang telah sedia ada. Bagi Ika,blog sebenarnya dapat menunjukkan pendirian siapa pemilik blog itu yang sebenar. Kalau dah banyak pink2 ni, sure beliau adalah seorang bersifat lembut, manja, berani dan gegirl lah katakan. Berbanding ika memaparkan blog yang simple, tersusun dan tidak banyak memainkan warna. Bukan tidak berani nak buat lebih advanced , tapi cukup sekadar pembaca blog ika tahu pendirian ika dalam berblogger ni serta mereka faham setiap penulisan Ika. Itu sahaja.

Banyak juga tutorial blog yang menjadi sumber rujukan untuk memantapkan lagi Blog Nukilan IkaIkaFaid. Antaranya :

Akhir sekali, sekiranya ada pandangan ingin dikongsikan, share je dengan ika. Ika sedia menerima sebarang pandangan dan juga teguran dari semua senior blogger yang dikasihi. 
Ok, salam sayang semua. =)







Ahad, 13 Januari 2013

Welcome To Broga Hill

Assalammualaikum wth dan salam sayang uolls!!
Alhamdulillah kita semua masih bersama pada hari minggu yang paling bahagia ini.
Seperti yang telah Ika janjikan pada semua untuk menceritakan pengalaman Ika dan kawan2 mendaki Bukit Broga.
Semalam Ika telah pun memulakan pendakian bersama 2 orang lagi member Ika. Pada awalnya, just nak pergi Ika dan Mia Amira je. Tapi, untuk keselamatan bersama kenalah bawa seorang lagi member Ika iaitu Izi.

IZZI.IKAIKAFAID.MIA AMIRA

Sesampai sahaja di tempat parking kereta yang terletak di kawasan ladang kelapa sawit, kami memastikan segala kelengkapan yang perlu telah dibawa dan kenderaan dalam keadaan selamat kerana tiada sekuriti di sana . 
Pendakian kami bermula tepat jam 6.00 pm dan cuaca pada masa itu Alhamdulillah, sangat redup.
Masing2 semangat pada awalnya untuk memulakan pendakian tetapi dalam semangat tuh tak sampai 10 minit sumpah Ika pancit.hehehe..

Di awal pendakian kami ke puncak Broga Hill

Sempat pose walaupun penat

Bersama orang kuat kami

Ini lah pit stop kami yang pertama. Untung lah ada orang yang boleh snap gambar Ika dan Mia. Mekasih ye...Di sebabkan pendakian kami yang bermula agak lewat kami tak boleh buat pit stop banyak sangat takut tak sempat tengok sunset.
Pendakian ini memerlukan ketahanan dari segi mental dan fizikal. Jika tidak memang tak sampai atas la jawabnya..Alhamdulillah juga sebab member2 ika banyak membantu dalam meningkatkan semangat Ika.

 Pit stop yang tah keberapa da...

Tumpang sandar ye batu belah batu bertangkup


Melalui gambar sahaja mesti uolls dapat bayangkan bagaimana keadaan kami sewaktu pendakian di Broga Hill. Hampir2 je Ika putus asa tak nak sampai atas. Tapi tengok semangat Mia, Ika pun kena semangat juga. Kalau kita cepat putus asa, mesti takkan membuahkan hasil kan?
Alhamdulillah impian nak tengok sunset tercapai juga. yey!!!!!!!!!!!

Hebat gilerrrrr!

Cuba tengok bro ni. Lagi la semangat siap bawa basikal lagi mendaki. Tapi yang lagi hebatnya, we all yang mulakan mendaki dan baru dia. Tahu2 je masa kami buat pit stop, dia da turun dah. Serius kuat betul stamina bro ni. Ini semua nak bagi Ika gambaran kalau orang lain boleh buat why not me?!
Untuk pengetahuan uolls, bukan kami bertiga je dekat atas ni tapi ramai jugak, Siap bawak satu family mendaki. Yang Ika terkejut, budak kecik dalam lingkungan 4 or 5 tahun pun ade. Ini yang lagi berkobar-kobar Ika dibuatnya.
Subhanallah..




Subhanallah..cantik betul pemandangan atas Bukit Broga. memang betul cakap member2 yang dah pergi view kat atas Broga memang cantik. Untuk pengetahuan uolls semua, kami berada dalam ketinggian 200 meter dari dasar. Bagi Ika yang gayat ni memang tinggi la kan. Tapi tak tahu lah uolls semua kan.

Bersama orang kuat lagi

Kesian lak Ika dan Mia dekat Izzi. Ye lah, dah la sorang je lelaki. Lepastuh terpaksa la ikut we'll join pit stop. Kalau tak kejap je kot dia boleh sampai atas. Tapi nak buat macam mana, takkan la nak biarkan kaum hawa ni terkontang kanting naik atas kan. hehehe.
Perjalanan ke Broga Hill ni memang mencabar. Mana taknya, jalan je da lah curam,ada bahagian yang kena paut dengan tali, sempit, berbatu dan macam2 lagi lah. Tapi, kalau tak mencabar tak adventure la kan.
Anggan2 yang tak masuk akal

Welcome to Broga Hill

Jam hampir 7.15 pm dan kami masih meneruskan perjalanan untuk sampai ke puncak.

Macam semut api

Ika boleh!!

Setelah berhempas pulas kami mendaki, Alhamdulillah..kami bertiga berjaya sampai ke puncak Bukit Broga!!!!!!



400 meter wow!!



 Setelah puas berehat dan melakukan ape yang patut, kami bersedia untuk turun ke bawah semula setelah puas melihat pemandangan dari atas bukit dan melihat sunset =)
Nak turun ni tak adalah penat sangat berbanding mendaki. Tapi dah mulakan kita harus habiskan apa yang telah kita mulakan. Mencabar juga nak turun ni sebab cuaca da gelap Jadi kami hanya bergantung dengan cahaya Handphone Izzi sahaja. Jika salah langkah memang padah jadinya.
 Tetapi, dalam Ika cuba berhati-hati, malang tak berbau apabila Ika melakukan sliding semasa menurun bukit di bahagian cerun tuba-tiba ika terjatuh tergolek sedikit dan menyebabkan luka di bahagian lutut. Alhamdulillah, kecederaan yang dialami tidak terlalu teruk dan atas semangat Izzi dan Mia, Ika masih mampu meneruskan perjalanan walaupun dalam keadaan sakit.

penangan Broga Hill

Jam menunjukkan 8.15 pm akhirnya kami bertiga selamat dan berjaya menghabiskan pendakian kami di Broga Hill. Syukur kehadrat ilahi. 

Walaupun pelbagai dugaan sepanjang perjalanan kami, biarlah hanya kami ketahui kerana kami sendiri merasai pengalaman itu. Tiada erti penyesalan bagi ika untuk mendaki Broga Hill selepas ini sekiranya ada peluang. Paling penting adalah, setiap pengalaman yang kita lalui tak boleh beli dengan wang ringgit. So, hargailah peluang yang ada untuk mencuba sesuatu yang baru dan mencabar hidup kita.
So uolls semua macam mana??
Tak teringin nak pergi ke??Bukan tinggi Gunung everest pun..
Alami sendiri ok!


Thanks uolls sebab sudi baca entry ika ini.











Jumaat, 11 Januari 2013

Bukit Broga..I Come!!!

Asslammualaikum wth dan selamat pagi yang terlampau uolls!!
Apa kejadah la kan ika pagi2 buta (3:01 am) ni nak type entry baru. Bukan tak nak tungu siang tapi seriously busy pagi2 ni. (eleyh, busy la sangat..).
Ini semua gara2 tak sabar nak mendaki Bukit Broga bersama Mia Amira sabtu ni. 
Sebenarnya ika memang suka aktiviti yang ex-stream ni cuma belum ada peluang je nak buat. 
Apa, uolls ingat Ika nampak macam lembik ni tak mampu ke?? Jangan pandang Ika sebelah mata ok. Lagi pun time sekolah menengah dulu Ika pernah jadi Ketua Plantun Wanita untuk Kadet Bomba Peringkat Kebangsaan tau! Bukan nak berlagak tapi tidak mahu diri ini dipandang rendah sahaja.

Ok Ok. Berbalik pada tajuk entry kali ni adalah berkenaan persediaan mental dan fizikal ika sebelum memulakan ekspidisi mendaki Bukit Broga. Dari segi fizikal Insyaallah, ika dah bersedia untuk mendaki dengan persediaan kelengkapan yang perlu dibawa.
Tapi bukan la persediaan seperti nak mendaki Gunung Everest yang memerlukan 100% kelengkapan dan alatan keselamatan. Walau apa pun, ia masih perlu dianggap penting. Jangan dah terhantuk baru nak terngadah kan.
Dari segi mental Ika masih belum mendapat gambaran lagi keadaan Bukit Broga ni macam mana, walaupun dah search kat Googles. Tapi mengikut Mia Amira dia dah pergi banyak kali. So, tak lah risau sangat.



Subhanallah, kalau tengok dekat Googles pun dah cantik apatah lagi kalau ika berada kat atas bukit ni. Sungguh indah ciptaan Allah swt ini kan.
Sebelum ika akhiri entry ika hari ni,Ika nak uolls semua doakan kami berdua selamat mendaki Bukit Broga pada Sabtu ini ok. Nanti Ika upload semua gambar yang kami ambil nanti ye.
Tq sebab sudi baca entry ika ni.
Moga allah berkati hidup kalian.amin... =)
   

Isnin, 7 Januari 2013

Friends

Assalammualaikum dan selamat tengahari uolls.
Hari ni just nak share pasal hari semalam. Tak penting pun tapi bagi ika ia sangat priceless.
Semalam tak sangka dapat date dengan my bestie iaitu Mia Amira si cantik dan manje2 gitu.
Sanggup dia drive dari Gombak terus mai Putrjaya semata2 nak jumpe kawan dia yang senget ni.
Mana tak nye, rindu woo...asyik postpone je bila nak jumpa.
Tapi alhamdulillah,,lepas habis belajar ni dapat juga spent time dengan kawan kan. Kalau tak, anak da berderet2 kot. 



Semalam hangout area Putrajaya je pun. Aktiviti utama kami adalah gossip, shopping, dan makan.heheh..
Yang paling best time dalam fitting room butik Kitschen. Cuba la semua baju dangan seluar yang comel2. Habis ika dangan mia ambil seluar jeans kat display. Itu baru ambil belum dalam fitting room lagi. Masyaallah.. BERSEPAH!
Lebih2 lagi si Mia ni. Saiz kaki dah la ala-ala Amber Chia. Memang XS atau S je la.. x macam ika. Hamek kau saiz L. gedabak kan..nak buat macam mane..keturunan right?!
Tapi dapat save banyak la dengan membuat eksperiment pelbagai seluar dari ika beli sehelai RM80.00 dapat la ika save RM30.05 dengan beli 2 seluar RM89.90 berbanding kalau beli sehelai RM69.90. Memang terbaik!!!
Then, dah penat shopping dan berhabis wang ringgit (duit poket), perut telah mengeluarkan bunyi peristalsis 'oppa gangnam style'. Dah lapar cari la kedai makan untuk cover energy yang hilang.
Mia suggest makan Nasi Arab dekat UNITEN. punyalah bersungguh cakap sedap dan paling sedap! Ika ni tak berapa sangat dengan Nasi Arab ni lepas try makan kat Cyberjaya yang x berapa tuh.
Tapi lepas Mia bawak satu cafe dekat UNITEN tuh, persepsi ika terhadap Nasi Arab adalah sangat sodap!
Alhamdulillah..kenyang perut.Burp!hehehe..
-Kabsah Chicken Roaster-
-Mia Amira-


Lastly sebelum ika dan mia berpisah singgah2 la ke Taman Warisan yang terletak di Presint 16, Putrajaya untuk beli Coconut Shake dengan Chocolate Blended. Nyum..nyum..sejuk tekak ni. 
By the way, thaks Mia amira sebab sudi layan karenah si senget ni dan sanggup member dengan si senget nie. Walaupun usia persahabatan kita baru 4 tahun, tapi kita memang faham each other.Tak lupa untuk kawan2 yang lain. Usia persahabatan memang tak penting tapi keserasian, persefahaman dan hormat antara satu sama lain itulah yang mengukuhkan sebuah persahabatan. =) 

pss:.Mia,ekin,ara dan nita..ingat lagi pict ni since tahun 2009.Miss giler that moment =(

Jumaat, 4 Januari 2013

Jujur Tak Pandai Masak

Assalammualaikum..salam sejahtera uolls!
Alhamdulillah, kita semua masih berada di bumi Allah s.w.t pada hari jumaat ini.
Semoga segala rezeki yang melimpah ruah di dunia ini adalah dari rezeki yang halal.
Entry untuk kali ni first time ika enter dalam blog ika. Siapa yang kenal ika memang tahu apa yang ika tak pandai dan apa yang ika lemah.
Tapi kelemahan yang ika ada bukan penghalang besar untuk ika sekarang. 
So, i must prove it yang ika BOLEH MASAK!!!!!!!!!!!!!
Cer tengok.semangat kan.huhuh..
Ika ni boleh la dikategorikan wanita atau bakal menantu yang sure2 kene reject. 
Sebab apa??
Sebab ika x tahu masak. Tapi setakat masak air, maggie, nasi, telur dadar tuh expert la. Tapi nak masak benda2 yang selain tuh memang complicated. adush....
Ibu mana tak bising kan dah 22 tahun pun x reti masak. Bukan ibu je, buah hati pengarang jantung pun akan tanya, "duduk2 rumah tuh cuba2 lah belajar masak.." . auchh malu~
Di sebab kan kata2 perangsang itulah ika kena cari inisiatif sendiri untuk belajar masak.
Sekarang pun banyak kemudahan untuk orang yang macam ika ni nak belajar masak. Kita boleh search kat internet, majalah atau media massa. 
Sementara ika jadi suri rumah yang gojes, kena lah belajar masak. Kalau tak, jatuh wo..martabat seorang wanita kalau tak tahu masak. Malu..malu..wo..
So, sekarang ika nak tunjuk sikit la apa yang ika masak untuk hari Rabu lepas dengan hari ini. Bukan nak menunjuk tapi nak share dengan uolls je orang yang tak pandai masak ni sebenarnya boleh masak.
Telur kari

Hari rabu lepas ika memang tak sempat nak post apa yang ika masak sebab maklum lah suri rumah yang gojes ni bukan sibuk online je. So, inilah dia hasil titik peluh sendiri buat pertama kalinya ika masak telur kari untuk family ika. Bak kata pengarang jatung ika, dia kata, " tak apalah, mula-mula kari telur lepas ni buat la ayam dengan ikan pulak". Huhuhu..rasa dia pulak memang kene dengan selera ika. bagi ika rasa dia WALAWEYH!!!!!syok sendiri pulak.hehehe


Ikan kembung masak singgang

Untuk hari ini pula, ika masak ikan kembung masak singgang. Harap sangat rasa dia macam ibu masak. Tapi, ibu kata "ok la ni, untuk jaga kesihatan boleh la..". wa~ ~
Walaupun cara persembahan masakan ika ni kurang memuaskan tapi ika bangga sebab ika yang masak sendiri!!hahah.. Bukan tak sedap cume kurang pedas je. Bagi ika  ada la rasa macam ibu buat tapi tak 100% la...

Sebenarnya, apa yang cuba ika tunjuk untuk entry kali ini adalah usaha, yakin dan berani. Ada je 3 perkara ni, Insyaallah..uolls yang tak pandai masak pun akan cuba nak masak. Best tau kalau family atau orang lain makan makanan yang kita masak dengan air tangan kita sendiri ni. Pahala sure2 uolls dapat kalau uolls ikhlas masak tuh. 
Lagi satu, ika amalkan selawat keatas Nabi setiap kali ika masak. Tak kisah lah setakat masak nasi je pun kena selawat juga sebab kita nak bagi orang makan ni, mesti lah yang berkat kan. 
Last kali, semangat ika untuk masak ni lagi membuak2 bila ibu beli lauk kat pasar tadi. Sabtu dan Ahad off sebab bagi ibu yang masak.hehehe..Masih terfikir nak masak apa pulak isnin depan eh.huhu..



Selasa, 1 Januari 2013

Memori 2 Tahun 1/2 Part II




Assalammualaikum..selamat sejahtera dan SELAMAT TAHUN BARU uolls!!
Alhamdulillah syukur kehadrat ilahi kerana sampai juga kita untuk tahun 2013 ni. Apa macam azam tahun baru uolls??Dan apa macam azam tahun 2012 uolls??tercapai atau sekadar melepaskan batuk ditangga??ishish..sebenranya..azam yang kita semua buat ni adalah guard line untuk kita capai apa yang kita harapkan.kalau tidak,,macam tak ada matlamatla dalam hidup kita ni.So,untuk tahun nie tak terlambat untuk mulakan azam baru.moh kita ye!!
Untuk entry kali nie ika nak sambung entry sebulan yang lepas (mak aih gila lame!). untuk pengetahuan semua blogger atau bukan blogger, Ika telah pun selesai menduduki peperiksaan akhir dan peperiksaan Lembaga Jururawat Malaysia.Alhamdulillah..setelah 2 tahun lebih kami semua berhempas pulas akhirnya seramai 146 orang pelatih telah lulus dengan cemerlang semuanye.YEY!!!!

Tamat sahaja musim peperiksaan, we all sibuk pula dengan kursus induksi. Kursus ni sebagai persediaan untuk bakal-bakal penjawat awam yang akan berkhidmat dengan perkhidmatan awam. antara program yang dilaksanakan adalah ceramah, kerja berkumpulan, individu dan macam-macam lagi. Best juga la. Paling best dalam aktiviti Pengucapan Awam ika jadi peserta terbaik,Alhamdulillah..tajuk yang ika bawa adalah, "SAYA BANGGA JADI ANAK MALAYSIA" spontan je kot. Mungkin dari segi keyakinan yang Ika ada ni lah para juri rasa Ika layak. walaubagaimanapun, semua peserta bagi persembahan yang terbaik pada waktu itu. TAHNIAH uolls!!



Ha..nak tahu tak pasal gambar kat atas yang ika letak nie?
Sebelum hari terakhir kami bersama di KJMPD, group kami telah rancang Farewell Dinner sebagai majlis perpisahan kami pada 28 Disember 2012 yang bertempat di PNB Ilham Resort, Port Dickson, Negeri Sembilan. Alhamdulillah, diatas kerja sama semua pihak,maka majlis kami ini berjalan dengan lancar dan penuh glamor! cantik-cantik semua pelatih dan staf yang hadir. Tema Farewell we all adalah Glamours Night. Tema warna pula adalah pink, biru dan hitam. Dress yang ika pakai malam itu adalah bercirikan ketimuran sedikit iaitu abaya dan hijab pula ika gayakan turban. Berani mati wo nak pakai gaya nie. Tapi tak salah kan kalau sekali sekala bergaya macam nie. hehehe..


  

  




Walaupun kemeriahan malam itu dapat dillihat tetapi sebenarnya terpancul sedikit kesedihan tatkala kami semua akan berpisah dan kembali ke negeri masing-masing. Mana tidaknya selama 2 tahun 1/2 kami bersama terpaksa kami berpisah. memang pelbagai memori yang terpahat dan diharapkan sewakti majlis konvo pada bulan November tahun ini yng diadakan di Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Ulu Kinta, Perak, kita akan berjumpa. pada masa itu semua dah bekerja dan dah berumah tangga. But not me ok.hhahahah..
lastly, I dedicated to all batch Julai 2010 Kolej Jururawat Masyarakat Port Dickson, Ika doakan uoll semua berjaya dan jadi jururawat yang baik eh. Muka jangan nak makan budak pulak.huhuh.
insyaallah..kita semua pasti akan bersatu suatu hari nanti
Amin.. LOVE YOU ALL GIRLS!!!
-I LOVE KJMPD-